1634

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1634. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1634 (nombor).


Milenium: milenium ke-2
Abad:
Dekad:
Tahun:

1634 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.


Peristiwa

Januari–Jun

  • 2425 Februari — Askar pemberontak membunuh Albrecht von Wallenstein.
  • 1 Mac — Pertempuran Smolensk: Raja Ladislaus IV dari Poland menewaskan tentera Rusia.
  • 25 Mac — Peneroka pertama yang diketuai oleh Lord Baltimore tiba di Bandaraya St. Mary, Maryland, petempatan kekal Amerika Utara British yang keempat.

Julai–Disember

  • 4 Julai — Kota Trois-Rivières diasaskan di Perancis Baharu (kini wilayah Quebec, Kanada).
  • 18 Ogos — Urbain Grandier, paderi yang dituduh kerana terlibat dalam ilmu sihir, dibakar hidup-hidup di Loudun, Perancis.
  • 5 - 6 September - Pertempuran Nördlingen dimenangi oleh orang Katolik.
  • 1112 Oktober — Banjir Burchardi (juga dikenali sebagai Grote Mandrenke kedua) melanda pantai Laut Utara di Jerman serta Denmark, dan mengakibatkan 8,000 – 12,000 kematian.

Tanpa tarikh

  • Traite de la predestination yang ditulis oleh Moses Amyraut diterbitkan.
  • Curaçao ditawan oleh Belanda.
  • Perjanjian Polianovska ditentukan.
  • Mesyuarat pertama Académie française diadakan.
  • Jean Nicolet menjadi orang Eropah pertama untuk menjejakkan kaki di bumi Wisconsin ketika mencari-cari laluan air ke Pasifik apabila beliau mendarat di Green Bay, kemungkinan besar pada Ogos 1634.
  • Covent Garden Market dibuka di London.
  • England mengasaskan sebuah petempatan di pantai Malabar di Cochin (kini Kochi).
  • Persembahan hari ulang tahun dekad pertama Oberammergau Passion Play dianjurkan.
  • Oxford University Press di England menerima piagamnya dan menjadi percetakan istimewa yang kedua.
  • Di Maryland, tiga orang Jesuit, iaitu Andrew White, John Altham Gravenor, dan Thomas Gervase, tiba bersama-sama dengan Lord Leonard Calvert pada 25 Mac 1634 dan pada tahun itu, mengasaskan sebuah institusi pendidikan tinggi di St. Mary's yang kemudian dikenali sebagai Georgetown University, universiti tertua di Amerika Utara.

Kelahiran

  • 16 Januari — Dorothe Engelbretsdotter, penulis wanita Norway yang pertama (maut 1713)
  • 25 Januari — Gaspar Fagel, negarawan Belanda (maut 1688)
  • 18 Mac — Marie-Madeleine de La Fayette, penulis novel Perancis (maut 1693)
  • 9 April — Albertine Agnes dari Nassau, pemangkku raja Friesland, Groningen dan Drenthe (maut 1696)
  • 20 Jun — Charles Emmanuel II dari Savoy (maut 1675)
  • 14 Julai — Pasquier Quesnel, ahli teologi Jansenisme Perancis (maut 1719)
  • 18 Julai — Johannes Camphuys, Gabenor-Jeneral Syarikat Hindia Timur Belanda (maut 1695)
  • 18 Oktober — Luca Giordano, pelukis Itali (maut 1705)
  • 15 Disember — Thomas Kingo, pemuisi Denmark (maut 1703)

Lihat juga Kategori:Kelahiran 1634

Kematian

  • 25 Februari — Albrecht von Wallenstein, jeneral (dibunuh) (lahir 1583)
  • 12 Mei — George Chapman, penulis Inggeris (lahir kk. 1559)
  • 15 Mei — Hendrick Avercamp, pelukis Belanda (lahir 1585)
  • 22 Jun — Johann von Aldringen, marsyal tentera darat Austria (lahir 1588)
  • 25 JunJohn Marston, penulis drama Inggeris (lahir 1576)
  • 9 Ogos — William Noy, pakar undang-undang Inggeris (lahir 1577)
  • 11 Ogos — Frederick Ulrich, Duke dari Brunswick-Lüneburg (lahir 1591)
  • 18 Ogos — Urbain Grandier, paderi Perancis (lahir 1590)
  • 3 September — Edward Coke, pakar undang-undang dan usahawan penjajah Inggeris (lahir 1552)
  • 25 Disember — Lettice Knollys, orang bangsawan wanita Inggeris (lahir 1540)
  • 29 Disember — John Albert Vasa, biskop Poland (lahir 1612)
  • Tarikh tidak diketahui:
    • Adriano Banchieri, penggubah Itali (lahir 1568)
    • Johan Bara, pelukis dan pengukir Belanda (lahir kk. 1581)
    • Wigund-Jeronym Trubecki, putera dari Trubeck
Lihat juga Kategori:Kematian 1634