17 Februari
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
17 Februari merupakan hari ke-48 dalam kalendar Gregory. Tinggal 317 hari (atau 318 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 763 – Pemberontakan An Lushan: Maharaja Shi Chaoyi menggantung dirinya sendirinya untuk mengelakkan daripada ditangkap tentera Tang sekali gus menamatkan pemberontakan menentang Dinasti Tang yang berlarutan selama tujuh tahun di China.
- 1600 - Ahli falsafah Giordano Bruno dibakar hidup-hidup di Campo de' Fiori di Rom, atas tuduhan bidaah.
- 1801 - Dewan Perwakilan A.S. melantik Thomas Jefferson sebagai Presiden dan Aaron Burr sebagai Naib Presiden, meleraikan status seri dalam pilihan raya 1800.
- 1854 - Britain mengakui kemerdekaan Negara Bebas Oranye (gambar bendera), kini terletak di Wilayah Free State, Afrika Selatan.
- 1867 - Kapal pertama melalui Terusan Suez.
- 1895 - Balet Swan Lake dipersembahkan dengan muzik oleh Tchaikovsky buat pertama kali di Saint Petersburg, Rusia.
- 1904 - Pementasan perdana Madama Butterfly (gambar poster) arahan Giacomo Puccini diadakan di La Scala Milan, namun tidak mendapat sambutan baik, memaksa beliau menulis semula opera tersebut.
- 1933 - Majalah Newsweek diterbitkan buat julung kalinya.
- 1936 - Adiwira pertama di dunia, The Phantom, muncul buat julung kalinya dalam komik.
- 1959 - Vanguard 2, satelit cuaca pertama, dilancarkan untuk mengukur taburan litupan awan.
- 1979 - Sekitar 120,000 askar Tentera Pembebasan Rakyat China menyeberangi sempadan ke utara Vietnam, memulakan Perang China-Vietnam.
- 1995 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membroker gencatan senjata antara Ecuador dan Peru, membawa kepada penamatan Perang Cenepa sebelas hari kemudian.
- 2003 - Skim bayaran kesesakan London mula beroperasi, mengenakan bayaran terhadap pemandu yang memasuki bahagian tertentu di London pada waktu kerja.
- 2008 - Parlimen Kosovo mmengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- 2012 - Presiden Jerman Christian Wulff meletak jawatan selepas muncul tuduhan rasuah ketika menjadi Perdana Menteri Niedersachsen.
- 2013 - Rafael Correa terpilih semula sebagai Presiden Ecuador.
Kelahiran
- 1977 - Rim Riahi, pelakon Tunisia
- 1982 - Adriano Leite Ribeiro, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano
Kematian
- 1919 - Wilfrid Laurier, Perdana Menteri Kanada ke-7
- 1989 - S. Kadarisman, pelakon dan pengarah terkenal Shaw Brothers Ltd.