21 Februari
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
21 Februari merupakan hari ke-52 dalam takwim Gregorius. Tinggal 313 hari (atau 314 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Pergerakan Bahasa di Bangladesh
- Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.
Peristiwa
- 362 - Athanasius pulang ke Iskandariah.
- 1440 - Pergabungan Prusia ditubuhkan.
- 1543 - Pertempuran Wayna Daga: Pakatan tentera Habsyah dan Portugis menumpaskan angkatan Muslim pimpinan Ahmed Gragn.
- 1613 - Mikhail I dipilih sebulat suara oleh Zemsky Sobor untuk menjadi Tsar, memulakan dinasti Romanov di Empayar Rusia.
- 1804 - Enjin stim atau lokomotif pertama yang bergerak sendiri, yang dibina oleh Richard Trevithick, berjalan di Wales.
- 1842 - John Greenough diberikan paten Amerika Syarikat pertama untuk ciptaan mesin jahit.
- 1848 - Manifesto Komunis tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels diterbitkan buat pertama kali.
- 1878 - Buku panduan telefon pertama dikeluarkan di New Haven, Connecticut.
- 1912 - Ioannina diilhakkan oleh negeri Greek selepas Perang Balkan.
- 1916 - Perang Dunia Pertama: Pertempuran Verdun bermula di Perancis.
- 1918 - Burung bayan Carolina terakhir mati di Zoo Cincinnati.
- 1937 - Penerbangan sulung bagi kereta terbang pertama yang berjaya, iaitu Arrowbile ciptaan Waldo Waterman.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Pesawat kamikaze Jepun mengaramkan kapal Bismarck Sea dan juga membedil Saratoga.
- 1948 - NASCAR ditubuhkan.
- 1952 - Kerajaan British pimpinan Winston Churchill, memansuhkan kad pengenalan di UK agar "membebaskan rakyat".
- 1952 - Pembantah di Dhaka, Pakistan Timur ditembak oleh tentera semasa menuntut bahasa Bengali diberikan status sebagai bahasa rasmi.
- 1953 - Francis Crick dan James D. Watson menemui struktur molekul DNA.
- 1958 - Artis British Gerald Holtom mereka logo untuk Campaign for Nuclear Disarmament yang kemudian lebih dikenali sebagai simbol keamanan (gambar).
- 1960 - Fidel Castro memiliknegarakan semua perniagaan di Cuba.
- 1965 - Nasionalis kulit hitam Malcolm X (gambar) dibunuh di Bandar Raya New York oleh anggota pertubuhan Nation of Islam.
- 1972 - Presiden Richard Nixon melawat Republik Rakyat China untuk memulihkan hubungan China-Amerika Syarikat.
- 1973 - Setelah tersilap memasuki ruang udara Sinai kawalan Israel, Penerbangan 114 Penerbangan Arab Libya ditembak jatuh sepasang pesawat pejuang Israel.
- 2004 - Pertubuhan parti politik Eropah pertama, iaitu Parti Hijau Eropah, ditubuhkan di Rom.
- 2007 - Perdana Menteri Itali Romano Prodi mengumumkan perletakan jawatan, tetapi ditolak oleh Presiden Itali, Giorgio Napolitano.
Kelahiran
- 1794 - Antonio López de Santa Anna, Presiden Mexico
- 1924 - Robert Mugabe, seorang Perdana Menteri Zimbabwe
- 1992 - Phil Jones, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 2004 - Yasamin Jasem, pelakon wanita Indonesia
Kematian
- 1949 - Tan Malaka, aktivis kiri Indonesia dan seorang Pahlawan Kebangsaan Indonesia.
- 2018 - Chow Chee Keong, bekas penjaga gol bola sepak kebangsaan Malaysia.