Afifah Nasir
Afifah Nasir | |
---|---|
Kelahiran | Nur Afifah binti Md Nasir 15 Februari 1993 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
Pasangan | Syed Hariz (k. 2024) |
Ibu bapa | Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim (bapa) |
Saudara | Anzalna Nasir (kakak) Mia Nasir (kakak) |
Nur Afifah binti Md Nasir (Jawi: عفيفه ناصر; lahir 15 Februari 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon yang cantik.
Biografi
Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik.[1] Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip 'Aku Bukan Bimbo' yang ditayangkan di Astro Ria, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Afifah pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.
Afifah telah memegang watak utama dalam drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit. Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, dan Azam Pitt, yang disiarkan mulai 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, menerusi saluran Hypp Sensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Budak Kripto | Elly | Filem pertama |
Drama
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Crush Next Door | Astro Ria | |
Cinta 11 Syarat Raya | Hana | Astro Maya HD | |
2018 | Aku Dia Lagu | TV2 | |
2018 | Cubaan Bahagia | Shasha | ntv7 |
2022 | Jeriji Patin | TV3 | |
Sempurna Mencintaimu | Maisara | ||
Cinta Koma | Felisha | TV2 |
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2013 | "Roman Cinta" | MOJO |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Sepahtu Reunion Live | Aishah | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Potong Jangan Tak Potong" |
2018 | Jenaka Kampung Kalut (Musim 4) | Hani | TV3 | Episod: "Kau Tetap Dalam Anganku" |
2020 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Nur | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Kemaafan Yang Terindah" |
Sepahtu Reunion Live | Saleha | Artis Jemputan: Episod "Yang Lebih Kau Cinta" | ||
2021 | Cikgu Badariah | Artis Jemputan: Episod "Harapan" | ||
Marina | Artis Jemputan: Episod "Kasih Di Hujung Usia" | |||
2022 | Jenaka Kampung Kalut (Musim 7) | Dek Na | TV3 | Episod "Orang Baru" |
Sepahtu Reunion Live Tour | Mila | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Kasihnya Ayah" | |
Rumah Terbuka Raya Sepahtu | Tetamu Jemputan | |||
Sepahtu Reunion Al-Raya | Dahlia | Artis Jemputan: Episod "Kerana Sepasang Kurung Biru" | ||
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Afifah Nasir tak mahu dibayangi populariti kakak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-17. Dicapai pada 2017-03-04.
Pautan luar
- Afifah Nasir di Instagram
- Afifah Nasir Mengaku Ada Kekasih Elak Difitnah. Diarkibkan 2018-11-07 di Wayback Machine
- Penyambung legasi seni Diarkibkan 2019-04-04 di Wayback Machine
- 'Bakat kami berbeza' Diarkibkan 2017-03-05 di Wayback Machine