Angin suria

Angin Suria terdiri daripada zarah bertenaga tinggi (~ 500 keV) yang bergerak beratus kilometer sesaat dan dipancar oleh matahari. Zarah-zarah itu terdiri daripada elektron, proton, dan zarah alpha.

Angin Suria juga membawa medan magnet antara magnet (interplanetary magnetic field) bersama - sama dengannya. Kelajuan angin suria adalah supersonik dengan nilai anyara 250km s-1 hingga 750 km s-1. Namun begitu, kelajuan, suhu dan ketumpatan angin suria berubah - ubah dalam perlintasan gerakannya

Sejarah

Fenomena angin suria ini ditemui oleh Eugene Parker pada 1958. Beliau mendapati terdapat "angin" yang tidak berhenti-henti bertiup dari matahari, dan mengisi ruang angkasa dengan gas plasma. Ini bermakna ruang angkasa lepas bukan lagi vakum seperti yang difikirkan sebelum itu. Hipotesis Parker itu mendatang tentangan kuat daripada saintis lain, sehinggalah tahun 1960-an apabila fenomena tersebut dapat dilihat melalui cerapan satelit.

Sifat

Komposisi angin suria adalah sama dengan komposisi korona matahari, iaitu kira-kira 73% hidrogen, 25% nitrogen dan selebihnya adalah bendasing.

Apabila angin suria sampai ke bumi, ia mempunyai kelajuan antara 200-889 kilometer sejam, ataupun purata 450 km/j. Oleh itu semua planet yang terdapat dalam sistem suria matahari adalah terdedah kepada zarah-zarah bercas ini.

Medan magnet bumi membalikkan sebahagian daripada angin suria untuk membentuk Lengkungan Radiasi Van Allen. Angin suria yang melepasi medan magnet bumi akan membentuk Tabir Cahaya Utara (Aurora borealis) dan Tabir Cahaya Selatan (Aurora australis). Aktiviti tompokan matahari dan suar matahari meningkatkan kekuatan angin suria dan ini menambah tahap radiasi yang sampai ke bumi, hingga boleh merosakkan satelit dan stesen angkasa, yang akan menganggu sistem komunikasi bumi. Satelit dan stesen angkasa juga boleh mengalami pergeseran dengan angin suria dan ini yang akan memperlahankan orbit mereka, dan memberikan kemungkinan satelit tersebut terkeluar daripada landasannya dan terhempas ke bumi.