Anneke Grönloh
Anneke Grönloh | |
---|---|
Kelahiran | Louise Johanna Grönloh 7 Jun 1942 |
Meninggal dunia | 14 September 2018 | (umur 76)
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1959–2017 |
Pasangan | Wim-Jaap van der Laan (1964–2004; kematiannya) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Louise Johanna "Anneke" Grönloh (7 Jun 1942 - 14 September 2018)[1][2] ialah penyanyi Belanda kelahiran Indonesia. Beliau mula menempa nama pada tahun 1962 dengan lagu "Brandend Zand" setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat di Belanda.[3]
Dilahirkan di Sumatera, beliau cukup dikenali di Nusantara kerana berkebolehan membawakan lagu-lagu bahasa Melayu Indonesia. Pada tahun 2000, Gronloh diiktiraf sebagai Penyanyi Sepanjang Zaman oleh rakyat Belanda sebelum bersara daripada bidang seni suara pada tahun 2017 selepas menghadapi masalah paru-paru.[3] Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 14 September 2018.[4][5]
Diskografi
- "Asmara" (1960, dalam bahasa Indonesia)
- "Flamenco Rock"
- "Brandend Zand" (1961) - emas
- "Paradiso" (1962) - platinum
- "Soerabaja" (1963)
- "Cimeroni" (1963)
- "Oh Malaysia" (1963)[6]
Rujukan
- ^ ‘Bengawan Solo’, ‘Asmara’ singer Anneke Gronloh dies Diarkibkan 2018-09-24 di Wayback Machine, Star2.com, 23 September 2018; retrieved 26 September 2018.
- ^ "Penyanyi Nina Bobo, Anneke Grönloh Tutup Usia". Female Radio (dalam bahasa Indonesia). 2018-09-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-28. Dicapai pada 2021-02-28.
- ^ a b Penyanyi lagu Oh Malaysia, Anneke Gronloh meninggal dunia Astro Awani (17 September 2018). Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ Miren Gonzalez (18 September 2018). Indonesian-born Dutch singer Anneke Grönloh of classic hits “Bengawan Solo” and “Asmara” passes away at 76 The Independent. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ Nick van Lith (16 September 2018). Dutch singer Anneke Grönloh (76) passes away ESCXTRA. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ Dennis Ignatius (27 Ogos 2019). I weep for you, Oh Malaysia Diarkibkan 2019-11-03 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Dicapai pada 7 November 2019.
Pautan luar
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Annie Palmen dengan "Een speeldoos" |
Belanda di Pertandingan Lagu Eurovision 1964 |
Diikuti oleh: Conny Vandenbos dengan "'t Is genoeg" |