Anugerah Akademi ke-9 diadakan pada 4 Mac 1937, di Biltmore Hotel Los Angeles, California.[1] Ia dihoskan oleh George Jessel; disokong oleh iringan muzik Victor Young Orchestra, di mana ketika itu menampilkan juga Spike Jones yang bermain dram. Upacara ini menandakan kali pertama penghargaan diberikan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
My Man Godfrey menjadi filem pertama yang masuk dalam senarai filem yang dicalonkan untuk semua kategori lakonan, tetapi tiada satu kategori pun yang meraih kemenangan. Filem ini merupakan sau-satunya filem yang tidak dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik, dan tewas di semua kategori yang dicalonkan, sehingga Sunset Boulevard di Anugerah Akademi ke-23.
Melalui kemenangannya dalam kategori Adunan Bunyi Terbaik untuk filem San Francisco, Douglas Shearer menjadi orang pertama yang memenangi anugerah secara berturut-turut (menyusul kemenangan di kategori yang sama dalam filem Naughty Marietta tahun sebelumnya).
‡ Tarikh dan tahun yang disenaraikan untuk setiap majlis ialah tempoh kelayakan keluaran filem di Los Angeles County. Untuk lima upacara pertama, tempoh kelayakan dilakukan secara bermusim, dari Ogos hingga Julai. Untuk upacara keenam yang diadakan pada tahun 1934, tempoh kelayakan berlangsung dari 1 Ogos 1932 hingga 31 Disember 1933. Sejak majlis ketujuh yang diadakan pada tahun 1935, tempoh kelayakan menjadi tahun kalendar penuh dari 1 Januari hingga 31 Disember. Untuk upacara ke-93, dijadualkan diadakan pada tahun 2021, tempoh kelayakan akan berlangsung dari 1 Januari 2020, hingga 28 Februari 2021.