Asoka (Devanāgarī: अशोक, IAST: Aśoka, IPA: [aˈɕoːkə], 304–232 SM), juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja yang memerintah Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India dari 269 SM hingga 232 SM. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan. Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya. Pemerintahannya berpusat di Magadha (Bihar kini, India).[1]
Seorang penganut tradisi Veda, agama yang dianuti secara meluas sewaktu itu, Asoka kemudian memeluk agama Buddha selepas menyaksikan kematian besar-besaran dalam perang Kalinga, suatu perang yang dimulakannya sendiri atas keinginan untuk mencapai penaklukan. Baginda seterusnya mengabdikan hidupnya dalam penyebaran agama Buddha ke seluruh Asia dan membina tugu peringatan untuk menandakan sebilangan tapak yang penting dalam kehidupan Gautama Buddha. Asoka mengamalkan ahimsa (ketakganasan), kasih sayang, kebenaran, toleransi, dan vegetarianisme, dan dikenangi dalam sejarah sebagai seorang pentadbir kedermawanan. Dalam sejarah India, baginda digelar sebagai Samraat Chakravartin Asoka, iaitu Maharaja antara Maharaja Asoka.
Nama baginda, "aśoka" bererti "tanpa kesedihan" dalam bahasa Sanskrit (a = tiada/tanpa, soka = kesedihan atau kerisauan). Dalam ediknya, Asoka digelar sebagai Devānāmpriya (Devanāgarī: देवानांप्रिय)/Devānaṃpiya atau "Yang Disayangi oleh Dewa-dewa", dan Priyadarśin (Devanāgarī: प्रियदर्शी)/Piyadassī atau "Dia yang menyayangi setiap orang". Satu lagi gelarannya ialah Dhamma (prakrit: धम्मः), "Sah, Warak, Salih".
H. G. Wells, penulis dan pengkritik sosial British yang terkenal, dalam The Outline of History (1920), karya dua jilidnya yang terlaris, menulis tentang maharaja Asoka:
Dalam sejarah dunia, terdapat ribuan raja dan maharaja yang menggelar diri mereka sebagai 'Duli Yang Teramat Mulia,' 'Duli Yang Maha Mulia,' dan seterusnya. Mereka terserlah sebentar, lalu hilang dengan secepatnya. Tetapi Asoka terserlah dan terserlah dengan jelas seperti bintang terang sehingga hari ini.
Selain daripada Edik Asoka, legenda Asoka juga diceritakan dalam Aśokāvadāna ("Naratif Asoka") dan Divyāvadāna ("Naratif Ketuhanan") akhir abad ke-2, serta teks Sri LankaMahavamsa ("Babad Agung").
Selepas dua ribu tahun, pengaruh Asia masih dapat dlihat di Asia, terutamanya di subbenua India. Sebuah lambang yang digali dari empayarnya kini merupakan Lambang India kebangsaan. Dalam sejarah agama Buddha, Asoka dianggap sebagai tokoh kedua terpenting selepas Gautama Buddha.
Rujukan
^Bagaimanapun, Ranajit Pal menunjukkan bahawa rujukan pertama kepada Magadha adalah dalam Edik Asoka yang terletak berhampiran wilayah barat daya, dengan Magadha awal itu merupakan Magan di Baluchistan (barat). Ketiadaan langsung tinggalan Maurya dan Nanda di kawasan Patna menunjukkan pula bahawa tempat ini mungkin bukan ibu kota Asoka. Lihat Ranajit Pal, "Non-Jonesian Indology and Alexander", New Delhi – 2002.
Tathāgata · Hari Jadi ·Empat cerapan · Ciri fizikal · Jejak · Ikonografi · Filem · Mukjizat · Keluarga: (Suddhodana (bapa) · Maya (ibu) · Yasodhara (isteri) ·Rahula (anak lelaki)) · Tempat-tempat yang dihuni oleh Buddhal · Buddha dalam agama dunia
Konsep Utama
Tiga Tanda Kewujudan: (Ketidakkekalan · Deritaan · Bukan Diri) · Keasalan Bersandar · Lima Aggregat · Karma · Kelahiran semula · Saṃsāra · Saṅkhāra · Kecemaran · Kejahilan · Perdambaan · Lima Halangan · Sepuluh Belenggu · Fakulti · Makrifat) · Parinirvana · Keituan · Doktrin dua kebenaran · Kekosongan · Budicita ·Budisatwa · Sifat Buddha · Arus fikiran · Dzogchen
Kosmologi
Sepuluh alam rohaniah · Enam Alam (Neraka · Alam haiwan · Alam Hantu Lapar · Alam asura · Alam manusia · Syurga) · Tiga tahap kewujudan
Amalan
Perlindungan ·Sembahyang · Puja: (Persembahan · Bertiarap · Berdikir) · Merit · Paritta · Kemurahan hati · Penzahidan · Kesusilaan: (Ajaran · Ikrar Bodhisatva · Patimokkha) · Latihan Tiga Kali Ganda: (Akhlak · Penumpuan · Kebijaksanaan) · Empat Pematuhan Ketuhanan: (Kebaikan hati · Belas Kasihan · Kegembiraan bersimpati · Ketenangan) · Kesempurnaan · Sifat untuk Mencapai Makrifat · Tujuh Faktor Makrifat · Asas Kuasa · Lima Kekuatan · Kepercayaan · Usaha (Empat Usaha Yang Betul) ·Kesedaran (Satipatthana) · Jhāna (Dhyāna) · Bhavana · Tafakur: (Kammaṭṭhāna · Ingatan · Smaran · Kesedaran Penafasan · Tafakur Ketenangan · Tafakur Wawasan · Shikantaza · Zazen · Kōan ·Mandala · Tonglen · Tantra)
Tipitaka: (Vinaya Pitaka · Sutta Pitaka · Abhidhamma Pitaka) · Ulasan: (Visuddhimagga) · Sutra Mahayana · Daftar karya agama Buddha Cina (Tripitaka Koreana) · Daftar karya agama Buddha Tibet
Cabang
Theravada ·Mahayana: (Zen · Tanah Suci · Tiantai · Nichiren · Madhyamaka · Yogacara) · Vajrayana: (Agama Buddha Tibet · Shingon) · Sekolah agama Buddha awal · Pramazhab agama Buddha · Sifat asas yang menyatukan Theravada dengan Mahayana
Negara
Bangladesh · Bhutan · China · India · Indonesia ·Jepun · Kemboja · Korea · Laos · Malaysia · Mongolia · Myanmar · Nepal · Pakistan · Rusia · Singapura · Sri Lanka · Taiwan · Thailand · Tibet · Vietnam · Negara Barat: ( Amerika Syarikat · Australia · United Kingdom)
Garis masa · Majlis agama Buddha · Sejarah agama Buddha di India · Kemerosotan agama Buddha di India ·Ashoka Agung · Buddhisme Yunani · Agama Buddha dan dunia Rom · Penyebaran agama Buddha menerusi Jalan Sutera
Falsafah
Abhidharma · |Logik · Buddhologi · Eskatologi · Kenyataan · Tuhan · Humanisme · Engaged Buddhism · Sosialisme · Anarkisme · Ekonomi · Atomisme · Evolusi · Keseksualan · Kehomoseksualan · Etika · Empat belas soalan yang tidak dapat dijawab
Budaya
Seni · Seni Buddha Yunani · Puisi · Arca Buddha · Budai · Simbolisme: (Dharmacakra ·Bendera · Bhavacakra · Thangka) · Roda mantera ·Tasbih ·Mudra ·Mantera (Om mani padme hum) · Muzik · Hari Kelepasan: (Vesak · Magha Puja · Uposatha) · Tempat mencari ketenangan pada musim hujan · Jubah biarawan · Seni bina: (Wihara ·Wat · Stupa ·Pagoda · Seni kuil dan seni bina Thailand) · Ziarah: (Lumbini ·Bodh Gaya · Sarnath ·Kushinagar) · Pokok Bodhi · Kuil Mahabodhi · Kalendar · Masakan · Vegetarianisme