Bahamut

Peta dunia menurut Zakariya al-Qazwini. Bumi dianggap datar dan dikelilingi oleh satu siri gunung-termasuk Gunung Qaf - yang memegangnya di tempatnya seperti pasak; Bumi disokong oleh seekor lembu yang berdiri di Bahamut yang tinggal di lautan kosmik; lautan di dalam mangkuk yang duduk di atas malaikat atau jin.[1]

Bahamut dalam mitologi Arab ialah sebuah ikan raksasa bertanduk seperti seladang. Bahamut membawa seekor lembu di atas kepalanya dan di atas kepala lembu tersebut terdapat gunung batu delima dan di atas gunung batu delima tersebut terdapat malaikat dan di atas malaikat pula terdapat enam neraka di atas neraka terdapat bumi dan di atas bumi terdapat tujuh langit (syurga) dan apa yang di atas langit tidak diketahui.

Menurut Borges,[a][2] Bahamut ialah ikan raksasa yang dilihat Nabi Isa a.s. pada malam 496 daripada 1001 Malam. Dalam ceritanya, Bahamut ialah ikan raksasa di lautan luas. Dia membawa seekor lembu jantan di atas kepalanya, seladang yang menyandang batu, dan di atas batu ialah malaikat yang membawa tujuh lapisan bumi. Di bawah Bahamut ialah jurang udara, kemudian api, dan di bawah terdapat ular raksasa yang disebut Falak.

Setelah melihat Bahamut, Nabi Isa AS tidak sedarkan diri. Ketika Nabi Isa a.s jatuh pengsan, dan ketika ia sedarkan diri, Allah berbicara dengannya melalui inspirasi, dan mengatakan, "Wahai Isa, engkau melihat ikan dan difahami panjangnya dan lebarnya?" Dia menjawab, "Dengan kehormatan dan kemuliaan-Mu, ya Allah, aku tidak melihat ikan, tetapi di sana ada seekor seladang besar melewati saya, yang panjangnya tiga hari perjalanan, dan aku tidak tahu makhluk semacam apa seladang ini." Allah berkata, "Wahai Isa, tahukah engkau yang tiga hari melewatimu, hanyalah kepala ikan, dan tahukah bahawa setiap hari aku membuat empat puluh ikan seperti yang ini."

Nota penjelasan

  1. ^ The Wonders of Creation

Rujukan

  1. ^ Borges, Jorge Luis; Guerrero, Margarita (1978) [1957]. El Libro de los seres imaginarios. Bruguera. m/s. 36–37.
  2. ^ Borges, Jorge Luis; Guerrero, Margarita (1969). Book of Imaginary Beings. Norman Thomas di Giovanni (trans.). Dutton. m/s. 37–38.
  3. ^ Borges, Jorge Luis; Guerrero, Margarita (2005). Book of Imaginary Beings. Andrew Hurley (trans.). New York: Viking. m/s. 25–26. ISBN 9780670891801.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Streck, Maximilian (1936), "Ḳāf", The Encyclopaedia of Islām, E. J. Brill ltd., IV, m/s. 582–583
  5. ^ Schmitz, Michael (1936), "Kaʿb al-Aḥbār", The Encyclopaedia of Islām, E. J. Brill ltd., IV, m/s. 583
  6. ^ Guest, Grace D.; Ettinghausen, Richard (1961), "The Iconography of a Kāshān Luster Plate", Ars Orientalis, 4: 53, note 110, The passage in Qazwīnī dealing with these ideas is on p. 145 of Wüstenfeld's edition (where the names of the two animals are confused with each other and where also the Leviathan appears in a corrupt Arabic form form; see also tr. Ethé, p. 298
  7. ^ Lane, Edward William (1840). The Thousand and One Nights: Commonly Called, in England, the Arabian Nights' Entertainments. 2. London: Charles Knight. m/s. 643.CS1 maint: ref=harv (link)
  8. ^ Zakariya al-Qazwini. ʿAjā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt (The Wonders of Creation). Original published in 1553 AD
  9. ^ Chalyan-Daffner (2013), p. 216 and note 198.
Bibliografi
(primary sources)
(sumber kedua)