Bahasa-bahasa Manding

Manding
Taburan
geografi:
Afrika Barat
Klasifikasi bahasa:Niger–Congo
  • Mande
    • Mande Barat
      • Mande Tengah
        • Manding–Jogo
          • Manding–Vai
            • Manding–Mokole
              • Manding
Pembahagian:
  • Manding-Timur
  • Manding-Barat
ISO 639-2 / 5:man
Glottolog:mand1435[1]
{mapalt}
Peta kontinum bahasa-bahasa Manding

Bahasa-bahasa Manding (atau pendeknya "Manding"; kadangkala dieja Manden[2][3]) merupakan loghat-loghat atau bahasa-bahasa yang dapat difaham saling di Afrika Barat dalam rumpun Mande. Antara yang lebih diketahui ialah Bambara, bahasa yang paling banyak digunakan di Mali; Mandinka, bahasa ibunda Gambia; Maninka atau Malinké, bahasa utama di Guinea; dan Jula, bahasa dagangan Ivory Coast utara dan Burkina Faso barat.

Subkelompok

Bahasa-bahasa Manding, dan yang membezakan satu daripada yang lain dan hubungan antara semuanya ialah sesuatu yang masih lagi diuji selidik. Tambahan pula, tatanamanya - bercampur aduk dengan perkataan asli bahasa itu dengan bahasa Inggeris dan Perancis dari sebelum zaman penaklukan - menyebabkan gambaran ini amat rumit.

Bangsa Mandinka bertutur dengan aneka daripada dua kelompok awal yang dinyatakan tadi; perbezaan antara cabang yang barat dan timur menunjukkan diri sendiri secara fonetik. Sementara kelompok di barat mempunyai 10 vokal (5 oral dan 5 panjang/sengau), kelompok yang timur, diadukkan dengan Bambara, mempunyai 14 vokal (7 oral dan 7 sengau):

Manding Barat
  • Kassonke – Western Maninka (Mali, Senegal)
  • Mandinka (Senegal, Gambia, Guinea Bissau)
  • Kita Maninka (Mali)
  • Jahanka (Guinea, Senegal, Gambia, Mali; satu daripada beberapa loghat dengan nama ini)
Manding Timur
  • Marka (Dafin) (Burkina Faso, Mali)
  • Bambara–Dyula (Manding Timur Laut; Mali, Burkina Faso, Ivory Coast)
  • Eastern Maninka (Manding Tenggara; pelbagai aneka di Mali, Guinea, Ivory Coast)
  • Bolon (Burkina Faso)

Tambahan itu, Sininkere (Burkina Faso) tidak diketahui kedudukannya dalam Manding.

Tulisan

Bahasa-bahasa Manding mempunyai tradisi lisan yang teguh, namun juga ada dalam bentuk bertulis - penyarapan abjad-abjad Arab dan Rumi [4], dan sekurang-kurangnya dua skrip asli.

  • Bahasa Arab diperkenalikan kepada kawasan itu bersama-sama Islam, dan tulisan mereka diterima pakai untuk menulis bahasa-bahasa Manding. Abjad-abjad Arab atau Ajami masih lagi digunakan untuk Mandinka.
  • Abjad Rumi diperkenalkan ke kawasan itu berikutan pembukaan dan penaklukan Eropah. Ia digunakan secara meluas juga, dengan versi "rasmi" di pelbagai negara, untuk mengajar, kecelikan hurud dan penerbitan.
  • Abjad N'Ko, direka pada tahun 1949 oleh Solomana Kante, dihasilkan untuk menulis Manding dengan menggunakan unsur-unsur biasa yang dapat dijumpai dalam bahasa-bahasa ini. Ia kini semakin popular [5].
  • Sebuah abjad yang kurang dikenali untuk Bambara direka pada awal abad ke-20 namun ia tidak digunakan.[6]

Lihat juga

  • Bahasa-bahasa Mande
  • Bahasa-bahasa N'Ko

Pautan luar

Rujukan