Bapa Gereja
Sebahagian daripada siri tentang |
Kristian |
---|
Portal Kristian |
Bapa Gereja atau Paderi-paderi Besar merupakan sekumpulan ulama dan penullis Kristian yang membina asas intelektual dan doktrin agama Kristian. Mereka aktif dalam zaman Patria, satu tempoh dalam sejarah yang kira-kira bermula dari hujung abad pertama dan berakhir pada pertengahan abad ke-8,[1] dan berkembang pada abad ke-4 dan ke-5 ketika agama Kristian dalam proses menjadi agama rasmi Empayar Rom.
Bagi kebanyakan mazhab Kristian, penulisan-penulisan Paderi-paderi Besar dari sebelum, semasa dan selepas Majlis Nicaea, diterima sebagai sebahagian daripada Tradisi Suci.[2] Penulis-penulis ini, yang dikira sebagai Bapa Gereja, berwibawa dalam menentukan asas agama Kristian dalam teologi dogmatik tradisional. Pengajian tentang Paderi-paderi Besar ini, yang dipanggil bidang Patristik, telah meluaskan maksud istilah ini, dan tiada senarai muktamad siapakah yang dikira antaranya.[3][4][sumber lebih baik diperlukan] Walaupun beberapa Paderi Besar seperti Origen dan Tertullianus membuat sumbangan penting kepada teologi Kristian kemudiannya, beberapa unsur-unsur ajaran mereka kemudiannya dikecam.
Rujukan
- ^ Ikonoklasme Byzantium bermula pada 726 TM, Paderi Yuhana dari Damsyik meninggal dunia pada 749 TM; majlis terakhir daripada tujuh majlis ekumenikal berlangsung pada tahun 787 TM.
- ^ Plekon, Michael, penyunting (2003). Tradition alive: on the church and the Christian life in our time: readings from the Eastern Church. Lanham: Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 70. ISBN 978-0-7425-3163-5.
- ^ Kelly, John ND. "Patristic literature". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ "WHO ARE THE FATHERS OF THE CHURCH? A CHRONOLOGICAL LIST". Catholic Theology. 10 Jun 2011. Dicapai pada 25 Januari 2024.
Pautan Luar
- Skema Bapa Gereja di ReligionFacts.com Diarkibkan 2009-05-16 di Wayback Machine
- Bapa-Bapa Gereja di ccel.org
- Bapa-Bapa Gereja di Newadvent.org
- Church Fathers at the Patristics In English Project Site
- Early Church Fathers Addtional Texts
- The Fathers, the Scholastics, and Ourselves by von Balthasar Diarkibkan 2013-06-30 di archive.today
- Faulkner University Patristics Project Diarkibkan 2009-05-27 di Wayback Machine A growing collection of English translations of patristic texts and high-resolution scans from the comprehensive Patrologia compiled by J. P. Migne.
- Primer on the Church Fathers at Corunum
- Writtings from the church fathers at www.goarch.com.