Basilika

Basilika Hati Suci di Paris (Perancis)
Basilika St Peter, Kota Vatikan

Basilika adalah satu perkatan Latin yang diterbitkan daripada bahasa Greek βασιλικὴ στοά, Stoa Diraja, sebuah dewan tribunal raja), yang mana memiliki tiga kegunaan yang berbeza daripada zaman moden. Pada mulanya, perkataan ini digunakan bagi menghuraikan bangunan terbuka, zaman Rom dan dibuka kepada rakyat. Ia biasanya terletak bersebelahan dengan forum di bandar Rom. Ia kemudian digunakan pada bangunan Kristian dalam bentuk yang sama dan terus digunakan dari segi senibina bagi menghuraikan sesebuah bangunan dengan nave tengah dan mempunyai. Kemudian, istilah ini digunakan secara spesifik kepada sebuah bangunan gereja yang besar dan penting yang mana telah diberikan hak istiadat khas oleh Paus.

Basilika Katolik merupakan tapak-tapak penziarah pemeluk Kristian dan menerima berpuluh-puluh juta pelawat setahun.[1][2] Pada bulan Disember 2009, Basilika Our Lady of Guadalupe mencetak rekod baharu dengan 6.1 juta penziarah pada hari Jumaat dan Sabtu semasa sambutan hari Our Lady of Guadalupe.[3]

Lihat juga

  • Senibina katedral dan gereja besar
  • Katedral
  • Duomo
  • Senarai basilika
  • Senibina Rom

Rujukan dan sumber

Rujukan
  1. ^ Petik amaran: Tag <ref> dengan nama Meera tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali.
  2. ^ Petik amaran: Tag <ref> dengan nama EWTN tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali.
  3. ^ Petik amaran: Tag <ref> dengan nama Zenit2 tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali.
Sumber

Pautan luar