Bendera Macedonia Utara
Bendera Makedonia Utara mula digunakan pada tahun 1995. Bendera ini berlatar belakang merah dengan sebuah matahari kuning di tengah-tengahnya yang memancarkan lapan garis sinar.
Latar belakang
Perlambangan
Ia melambangkan "matahari baru Kebebasan" sepertimana yang disebut dalam lagu kebangsaan negara tersebut Denes nad Makedonija (Hari Ini di Makedonia).
Sejarah
Pada tahun 1991 selepas berlakunya perpecahan gabungan Yugoslavia, Todor Petrov, presiden pertubuhan ultranationalis Kongres Makedonia Dunia mengusulkan lambang Matahari Vergina[1] sebagai simbol kebangsaan menggantikan bintang merah yang dikaitan dengan fahaman komunis. Simbol matahari ini datangnya daripada tempat peninggalan sebuah bandar lama Macedon, Aigai, yang kini terletak di Yunani - ia merupakan simbol dinasti Argead perintahan Philip II dari Makedon serta puteranya Alexander. Kedua-dua orang Yunani dan Republik Sosialis Makedonia menggunakan lambang ini sejak tahun 1970-an sebagai kesinambungan sejarah kawasan mereka sama ada di dalam mahupun di luar negara.[2]
Pemerintah negara ini menggunapakai rekaan bendera ini pada 11 Ogos tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pemerintah Yunani membantah keras rekaan bentuk ini kerana simbol matahari itu dilihat sebagai simbol budaya orang Yunani lalu tidak bertepatan dengan penduduk negara tetangganya yang dilihat sebagai berbangsa Slavia. Yunani membuat suatu tuntutan perlindungan tanda dagangan kepada Pertubuhan Harta Intelek Dunia pada Julai 1995, [3] Keadaan ini juga menghalang bendera ini dikibarkan di Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya New York. Suatu penyelesaian dibuat kedua-dua negara di mana suatu rekaan baru dihasilkan bagi pihak negara Makedonia Utara.[4]
Lihat juga
- Lambang Republik Macedonia
Rujukan
- ^ Macedonia: The "Sun of Vergina" flag (1992-1995)
- ^ Hamilakis, Yiannis (2009). The Nation and its Ruins: Antiquity, Archaeology, and National Imagination in Greece. Oxford University Press. m/s. 131. ISBN 0199572909.
From the late 1970s onwards, and as the dispute over Macedonia intensified, this motif became extremely popular, almost to the point of becoming an unofficial national crest and symbol, in both Greece and the Yugoslav Republic. Countless commercial adverts, logos, shopfronts, T-shirts, pins, medals, and posters, were carrying it, along with its official endorsement in a 100-drachma Greek coin with the head of Alexander on one face and the ‘sun’ on the other, on postage stamps, and on official campaign posters distributed throughout Greece and abroad.
- ^ "Greece petitions for int'l rights to Vergina Star" Diarkibkan 2006-06-02 di Wayback Machine, ANA, 31 Julai 1995 . Lihat juga : 1, 2, 3.
- ^ Wood, Michael C., Participation of Former Yugoslav States in the United Nations and Multilateral Treaties, "Max Planck Yearbook of United Nations Law" Diarkibkan 2014-11-29 di Wayback Machine, Jld. 1, 1997, m/s. 240.
Pautan luar
- Macedonia di Flags of the World