Beruang matahari
Beruang matahari Beruang madu | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Helarctos Horsfield 1825
|
Spesies: | Helarctos malayanus
|
Nama binomial | |
Helarctos malayanus (Raffles, 1821)
| |
Taburan beruang madu (perang - masih ada, hitam - terdahulu, kelabu gelap - kehadiran tidak dapat dipasti) | |
Sinonim[3] | |
Senarai
|
Beruang matahari atau beruang madu (nama saintifik: Helarctos malayanus)[4][5]:143[6][7] merupakan beruang yang terdapat di hutan-hutan hujan tropika selatan China, Bangladesh, Indochina, Semenanjung Melayu, pulau Sumatera, dan pulau Borneo.[8] Ia satu-satunya spesies dalam genus Helarctos,[9] dan ia spesies beruang terkecil di dunia.[7]
Pihak Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa mengelaskan status beruang ini sebagai "spesies terjejas" pada 2018.[1] Ia juga dilindungi undang-undang negeri Sabah di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.[4]
Peristilahan
Nama beruang madu digunakan di Sabah[4][10] dan Kalimantan di pulau Borneo, nama ini diberikan kerana ia menyukai madu.[11][10]
Taksonomi
Nama genus Helarctos dijejakkan kepada kata-kata bahasa Yunani ήλιος hēlios "matahari" dan αρκτος arktos "beruang".[3]
Spesies kecil
Ciri-ciri
Badan beruang madu kecil dengan ukuran panjang 120-150 sentimeter.[12] Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina;[13] berat badan jantan biasanya antara 30 dan 70 kilogram manakala berat badan betina antara 20 dan 40 kg.[14] Ketinggian bahunya adalah sekitar 60-72 sm.[15] Keseluruhan badan beruang ini diselitupi bulu hitam gelap atau perang kehitaman, kecuali bahagian dadanya yang mempunyai tanda kuning bata pucat berbentuk bulan sabit; tanda ini digunakan untuk menakutkan musuh.[7][3] Bulu-bulu badan beruang madu pendek dan licin tidak seperti bulu badan spesies-spesies beruang lain. Ini mungkin disebabkan iklim tanah rendah yang didiaminya.
Beruang madu memiliki kuku tajam berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm).[13]
Kedua-dua telinganya bulat dan kecil, muncung pendek. Lidahnya halus dan panjang dengan ukuran antara 20 hingga 25 sentimeter.
Tabiat
Pemakanan
Pemakanan beruang madu banyak terdiri daripada invertebra dan buah-buahan. Akan tetapi, ia akan makan sejumlah besar vertebra kecil termasuk mengkarung dan telur-telur burung dan penyu.[16] Ia makan pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan.[17] Sungguhpun ia mampu makan banyak spesies serangga, ia mempunyai sumber makanan kegemaran. Ini dipaparkan dalam satu kajian di mana anai-anai, semut, kumbang dan larva kumbang membentuk sejumlah besar invertebra yang dimakan, sementara buah ara merupakan sumber buah paling penting yang dimakan.[18]
Beruang madu boleh mengesan makanan dengan menghidu kerana daya penglihatannya lemah. Ia menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah.[19] Ia boleh memecahkan buah kelapa dan tunggul kayu menggunakan rahangnya yang kuat.[7] Ia boleh mengorek batang kayu buruk dengan kukunya yang tajam dan panjang mencari anai-anai.[20]
Pembiakan
Beruang matahari tidak melakukan hibernasi dan oleh itu, dapat membiak sepanjang tahun. Anak beruang boleh mencapai kematangan seksual selepas 3-4 tahun dan boleh hidup hingga 30 tahun dalam kurungan. Beruang madu betina boleh melahirkan satu atau dua ekor anak beruang setahun. Beruang matahari mengandung selama kira-kira 96 hari lalu melahirkan anak beruang yang buta dan tidak berbulu dengan jisim kira-kira 300 ke 400 gram. Anak beruang pada awalnya bergantung sepenuhnya terhadap ibunya dan penyusuan boleh berlanjutan hingga 18 bulan. Selepas satu hingga tiga bulan, anak beruang boleh berlari, bermain dan berburu di samping ibunya. Beruang matahari jantan lebih banyak membesar berbanding betina. Beruang betina mula mengawan pada tiga tahun. Ketika mengawan, beruang matahari akan melakukan tindakan seperti memeluk, pergaduhan olok-olok dan berlanggar muka bersama pasangannya.
Sebagai makhluk yang umumnya nokturnal, beruang madu cenderung untuk berehat pada waktu siang pada anggota bawah di kawasan sedikit di atas tanah. Oleh kerana beruang madu meluangkan masa yang lama di atas pokok, beruang ini boleh mengakibatkan kerosakan pada harta persendirian, di mana beruang madu diketahui pernah merosakkan pokok kelapa dan koko di kawasan pertanian.
Ancaman
Beruang madu dewasa biasanya hampir tidak mempunyai pemangsa melainkan manusia dengan sifat liar dan giginya.[21] Kadangkala, beruang madu boleh diatasi oleh harimau atau ular sawa batik bersaiz besar. Pemangsa lain termasuklah harimau bintang, harimau dahan dan beruang hitam Asia, beruang berkedudukan sama dengan taburan beruang madu yang lebih besar.[14] Kulit leher beruang yang longgar membenarkan beruang madu untuk menggeliang-geliutkan kepalanya dengan jauh sehingga dapat berpusing dan menggigit penyerang apabila diserang.
Penurunan populasi beruang madu pada masa ini biasanya berlaku akibat pemburuan "beruang pengacau" yang merosakkan tanaman dan juga pemburuan haram untuk bulu dan hempedunya yang digunakan dalam perubatan Cina.
Kadangkala, beruang madu ditangkap atau dijaga sebagai haiwan peliharaan, suatu pilihan yang dikatakan baik untuknya disebabkan oleh sifatnya yang tidak begitu mengganas berbanding spesis beruang yang lain.[22]
Rujukan
- ^ a b c Scotson, L.; Fredriksson, G.; Augeri, D.; Cheah, C.; Ngoprasert, D. & Wai-Ming, W. (2017). "Helarctos malayanus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T9760A123798233. Dicapai pada 10 Januari 2025. Unknown parameter
|errata=
ignored (bantuan) - ^ Raffles, T. S. (1821). "XVII. Descriptive catalogue of a zoological collection, made on account of the honourable East India Company, in the island of Sumatra and its vicinity, under the direction of Sir Thomas Stamford Raffles, Lieutenant-Governor of Fort Marlborough; with additional notices illustrative of the natural history of those countries". Transactions of the Linnean Society of London. 13 (1): 254–255. doi:10.1111/j.1095-8339.1821.tb00064.x.
- ^ a b c Fitzgerald, C. S.; Krausman, P. R. (2002). "Helarctos malayanus". Mammalian Species. 696: 1–5. doi:10.1644/1545-1410(2002)696<0001:HM>2.0.CO;2. S2CID 198969265.
- ^ a b c Ekosistem-Ekosistem Di Sabah 2003, m/s. 34.
- ^ Akta 716: Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 (PDF). Kerajaan Malaysia. 2010. Dicapai pada 10 Januari 2025 – melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.
- ^ Beberapa jenis mamalia. Bogor, Jawa Barat, Indonesia: Lembaga Biologi Nasional - LIPI. 1982. m/s. 24–25.
- ^ a b c d Phillipps 2016, m/s. 246.
- ^ Stirling I., 1993; Bears, majestic creatures of the World. Rodale Press, Emmaus
- ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 587. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ a b c Roshan Guharajan & Wong Siew Te 2022, m/s. 175.
- ^ Lai, F.; Olesen, B. (2016). A Visual Celebration of Borneo's Wildlife. Singapura: Bjorn Olesen Wildlife Photography. m/s. 323. ISBN 978-0-7946-0787-6.
- ^ http://animals.nationalgeographic.com/animals/mammals/sun-bear/
- ^ a b Brown, Gary (1996). Great Bear Almanac. m/s. 340. ISBN 1558214747.
- ^ a b Fredriksson, Gabriella M. (2005). "Predation on Sun Bears by Reticulated Python in East Kalimantan, Indonesian Borneo" (PDF). Raffles Bulletin of Zoology. 53 (1): 165–168. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-08-11. Dicapai pada 2011-05-13.
- ^ http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Helarctos_malayanus.html
- ^ Roshan Guharajan & Wong Siew Te 2022, m/s. 176.
- ^ Frediksson Gabriella, 2001; "Beruang madu." "Sahabat Alam, LORIES. Jan 2001:3-6."
- ^ Wong Siew Te, Servheen Christopher, Ambu Laurentius, 2002; "Food habits of Malayan Sun Bears in lowland tropical forests of Borneo Diarkibkan 2012-03-12 di Wayback Machine.""Ursus 13:127-136"
- ^ Meijaard, E. (1997). The Malayan sun bear on Borneo, with special emphasis on its conservation status in Kalimantan, Indonesia (Laporan). International Ministry of Forestry – Tropendos Kalimantan Project, World Society for the Protection of Animals, London. m/s. 1–51.
- ^ Christiansen, P. (2007). "Evolutionary implications of bite mechanics and feeding ecology in bears". Journal of Zoology. 272 (4): 423–443. doi:10.1111/j.1469-7998.2006.00286.x.
- ^ San Diego Zoo's Animal Bytes: Sun Bear
- ^ Bunnell, Fred (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. m/s. 97. ISBN 0-87196-871-1.
Sumber-sumber
- Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
- Phillipps, Q. (2016). "Sun bear". Phillipps' Field guide to the Mammals of Borneo: Sabah, Sarawak, Brunei, and Kalimantan. Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat: Princeton University Press. m/s. 246–249. ISBN 978-0-691-16941-5.
- Roshan Guharajan; Wong Siew Te (2022). "Bornean Sun Bear (Helarctos malayanus euryspilus)". Dalam Davies, G. (penyunting). Wildlife Atlas of Sabah: maps and conservation. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia: WWF-Malaysia. m/s. 175–181. ISBN 978-967-0237-73-2.
Pautan luar
- ARKive - images and movies of the Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus) Diarkibkan 2006-05-07 di Wayback Machine
- Woodland Park Zoo, Seattle, Washington, USA Diarkibkan 2007-05-09 di Wayback Machine
- Sun Bear writeup at the San Diego Zoo Web site
- Bornean Sun Bear Conservation Diarkibkan 2014-02-18 di Wayback Machine
- The effects of selective logging on Malayan sun bears in lowland tropical rainforest of Borneo Diarkibkan 2010-06-28 di Wayback Machine