Nebula Trifid mengandungi bintang berubah Cepheid Bintang berubah Mira pada dua masa yang berbeza
Bintang berubah (Jawi: بينتڠ براوبه) atau juga dikenali sebagai bintang boleh ubah (Jawi: بينتڠ بوليه اوبه) merupakan bintang yang kelihatan berubah-ubah kecerahannya seperti yang dilihat dari Bumi (magnitud ketaranya).
Perubahan ini mungkin disebabkan oleh perubahan cahaya yang dipancarkan atau objek yang menghalang cahaya, jadi bintang berubah diklasifikasikan sebagai:
Bintang berubah intrinsik: kilauannya memang berubah-ubah; misalnya, kerana bintangnya kembang kecut secara berkala.
Bintang berubah ekstrinsik: perubahan kecerahan disebabkan oleh perubahan jumlah cahaya yang dapat mencapai Bumi; misalnya, kerana bintangnya kadang-kadang ditutup oleh jasad yang mengitarinya.
Kebanyakan bintang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa variasi kilauan: misalnya, keluaran tenaga Matahari kita berubah dalam sekitar 0.1% sepanjang kitaran suria 11 tahun. [1]