Boerboel

Boerboel
Nama lainMastif Afrika Selatan[1]
Negara asalAfrika Selatan
Trait
Berat 68–91 kg (150–200 lb)[2]:87
Tinggi 55–69 cm (22–27 in)[2]:87
Jantan
  • unggul 66 sentimeter (26 in)
  • minimum 60 sentimeter (24 in)[3][4]
Betina
  • unggul 61 sentimeter (24 in)
  • minimum 55 sentimeter (22 in)[3][4]
Bulu pendek, licin
Warna mana-mana cahaya warna merah, perang, kuning (perang kekuning-kuningan), brindle; juga hitam (SABBS sahaja)
Catatantidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa
Anjing (Canis lupus familiaris)

Boerboel[a] ialah satu baka anjing besar Afrika Selatan daripada jenis mastif yang digunakan sebagai anjing pengawal keluarga. Ia besar, dengan lapis bulu pendek, struktur tulang kuat, dan otot cukup terbentuk.

Ia diiktiraf oleh Kennel Union of Southern Africa, tetapi tidak oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4][5]

Perundangan

Di Afrika Selatan, Akta Penambahbaikan Haiwan (62 daripada 1998) mentakrifkan baka haiwan yang asli di republik atau dikembangkan di republik sebagai landrace,[6] oleh itu boerboel dianggap sebagai landrace di republik itu.[7] Akta ini memberikan kuasa kepada "persatuan pembiak baka haiwan" berdaftar dan South African Boerboel Breeders' Society (SABBS) ialah sebuah persatuan pembiak baka haiwan.[8] SABBS ialah satu-satu pertubuhan yang berkuasa di bawah Akta itu untuk mendaftar boerboel secara rasmi. Sebagai penjaga yang didaftarkan menurut undang-undang bagi baka anjing boerboel, SABBS bertanggungjawab atas piawaian yang menentukan pengenalpastian, perekodan, penilaian, dan penambahbaikan baka ini.[7][9] Kennel Union of Southern Africa mengiktiraf bahawa boerboel berdaftar dalam buku-bukunya.[9]

Sejarah

Nama boerboel diterbitkan daripada perkataan bahasa Afrikaans boer, yang memaksudkan "peladang"/"petani", dan boel, kependekan bagi boelhond, yang memaksudkan buldog ("anjing lembu").[10]

Boerboel diturunkan daripada baka silang lama zaman penjajahan bagi mastif dan buldog yang digunakan sebagai anjing pengawal di ladang-ladang terpencil dan di estet-estet untuk pemburuan buruan besar dan dikenali sebagai anjing Boer[11]:618 atau anjing pemburu Boer. Keterangan dari tahun 1909 memerihalkan baka silang ini sebagai anjing terbaik untuk pemburuan harimau bintang dan babun dalam kawanan; harimau bintang dengan tungkai yang tersangkut pada perangkap dapat dibunuh oleh sekawan anjing ini.[12]:186 Standard Encyclopaedia of Southern Africa memerihalkan mastif Boer sebagai petarung cemerlang; seekor malah membunuh harimau bintang dalam empat pertarungan tunggal selama sebilangan tahun, tetapi dibunuh oleh yang kelima.[13]

Pembiakbakaan boerboel bermula pada tahun 1950-an. Sebuah persatuan baka, Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging atau South African Boerboel Breeders Association, diasaskan pada tahun 1983.[14] Sebuah persatuan baharu, South African Boerboel Breeders' Society, dibentuk pada tahun 2012 dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan pada tahun 2014.[14][15]

Ciri

Boerboel hitam

Boerboel ialah anjing besar dengan struktur tulang kuat dan otot cukup terbentuk. Kepalanya besar dan muncungnya pendek.[1]

Lapis bulunya pendek dan licin dengan litupan bulu padat. Warna-warna beriktiraf merupakan brindle, perang kekuning-kuningan, dan perang; ia mungkin mempunyai topeng hitam atau tidak. Terdapat satu pencapahan kecil antara piawaian baka; Kennel Union of South Africa tidak menerima hitam[4] tetapi SABBS menerima warna itu.[3]

Anjing ini menunjukkan keberanian apabila diancam;[4] ia mungkin memaparkan agresi terhadap anjing lain atau orang asing.[16]

Kesihatan

Boerboel mungkin menghidap displasia pinggul[17] atau displasia siku, hiperplasia faraj,[18] ektropion, dan entropion.[19] Epilepsi juvenil (dengan serangan yang dibawa oleh perubahan metabolisme atau stres) telah diperhatikan.[20] Tingkah laku dan cara bawa diri boerboel mungkin berubah seiring dengan masa.[21]

Sekatan

Boerboel

Pemilikan anjing ini dibatasi oleh undang-undang di banyak negara: pengimportan ke Romania dilarang pada tahun 2002 dan pemilikan terbatas kepada yang mempunyai permit mahkamah;[22] baka ini dilarang di Denmark pada tahun 2010;[23] pada tahun 2011, Rusia menamainya "baka amat berbahaya", yang tertakluk kepada pendaftaran dan perakuan mandatori;[24] Ukraine telah mengelaskannya sebagai anjing berbahaya, yang tertakluk kepada pembenaman mikrocip, berongsong, and insurans liabiliti sivil mandatori.[25]

Ia juga dilarang dan dibatasi di Bermuda,[26] di Mauritius,[27] di Perancis,[28] dan di Qatar;[29] pengimportan dilarang di Kepulauan Faroe,[30] di kepulauan Turks dan Caicos,[31] di Singapura,[32] di Tunisia.[33]

Catatan

  1. ^ Jawi: بوربول, Sebutan bahasa Melayu: [burbʊl]; Templat:IPA-af

Rujukan

  1. ^ a b Studdert, Virginia P.; Gay, Clive Collins; Blood, Douglas Charles (6 Januari 2012). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary [Kamus Komprehensif Veterinar Saunders] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Edinburgh, United Kingdom: Saunders. m/s. 139. ISBN 9780702047435. OCLC 733916548.
  2. ^ a b Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
  3. ^ a b c "SABBS - Breed Standard". South African Boerboel Breeders' Society (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ a b c d e "Boerboel breed standard" [Piawaian baka Boerboel] (dalam bahasa Inggeris). Kennel Union of South Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature" [Tatanama baka FCI] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  6. ^ Animal Improvement Act (dalam bahasa Inggeris) Pemerintah Afrika Selatan 1998
  7. ^ a b "SABBS - Home". South African Boerboel Breeders' Society (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  8. ^ REGISTRATION OF ANIMAL BREEDERS' SOCIETY (dalam bahasa Inggeris)
  9. ^ a b "A brief history of the Boerboel in Southern Africa - KUSA" [Sejarah ringkas boerboel di Afrika Selatan - KUSA] (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ Afrikaans-English, English-Afrikaans Dictionary (dalam bahasa Inggeris) Jan Kromhout (2001) Hippocrene Books, hlm. 24–25
  11. ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 618–619. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  12. ^ Seorang Afrika Selatan (Februari 1909). "The boer hunting dog" [Anjing pemburu Boer]. Agricultural Journal of the Cape of Good Hope (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pertanian Jajahan Tanjung. 34 (2): 186–188. hdl:10520/AJA0000018_1086.
  13. ^ Standard Encyclopaedia of Southern Africa (dalam bahasa Inggeris), Cape Town, Afrika Selatan, 1971. Jilid 4, halaman 57
  14. ^ a b A brief history of the Boerboel in Southern Africa (dalam bahasa Inggeris). Kennel Union of South Africa. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  15. ^ J. Mamabolo (14 November 2014). Notice 980 of 2014: Registration of Animal Breeders' Society (dalam bahasa Inggeris). Government Gazette. 80: 38188.
  16. ^ "Breed standard" [Piawaian baka] (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  17. ^ "New Hip Dysplasia Grading System sabt.co.za 3 June 2007" [Sistem Penggredan Displasia Pinggul Baharu sabt.co.za 3 Jun 2007] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  18. ^ "Vaginal hyperplasia sabt.co.za 12 July 2007" [Hiperplasia faraj sabt.co.za 12 Julai 2007] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  19. ^ "Breed description" (dalam bahasa Inggeris). UK Boerboel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2012. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  20. ^ Stassen, Quirine E. M.; Grinwis, Guy C. M.; van Rhijn, Nieke C.; Beukers, Martjin; Verhoeven-Duif, Nanda M.; Leegwater, Peter A. J. (22 Disember 2018). "Focal epilepsy with fear-related behavior as primary presentation in Boerboel dogs" [Epilepsi fokus dengan tingkah laku berkaitan dengan ketakutan sebagai presentasi primer pada boerboel]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 33 (2): 694–700. doi:10.1111/jvim.15346. ISSN 1939-1676. PMC 6430876. PMID 30580458. S2CID 57973097.
  21. ^ Wade, John (29 Mei 2010). "High-end lifetime training is mandatory" [Pelatihan lengkap sepanjang hayat adalah mandatori]. Sarnia Observer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2016. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  22. ^ "List of Banned Dogs by Countries" [Senarai Anjing Terlarang mengikut Negara]. petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  23. ^ Ritzau /Nyheder, Mette Pedersen (19 Januari 2011). "Ekstra Bladet - 13 kamphunde forbydes" [Ekstra Bladet - 13 anjing laga dilarang] (dalam bahasa Inggeris). Ekstrabladet.dk. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  24. ^ "List of Banned Dogs by Countries" [Senarai Anjing Terlarang mengikut Negara] (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 2022.
  25. ^ "List of Banned Dogs by Countries" [Senarai Anjing Terlarang mengikut Negara]. petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  26. ^ "Banned, restricted dogs breed reminder | The Royal Gazette:Bermuda News" [Peringatan baka anjing terlarang, terhad | The Royal Gazette: Berita Bermuda] (dalam bahasa Inggeris). 26 Ogos 2014. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  27. ^ "Mauritius Pet Passport - Current Dog and Cat Import Requirements" [Pasport Haiwan Peliharaan Mauritius - Syarat Import Anjing dan Kucing Semasa]. www.pettravel.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  28. ^ "Pet Breeds unable to travel in Europe" [Baka haiwan peliharaan yang tidak boleh melalui perjalanan di Eropah]. www.viajedemascotas.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  29. ^ "Importing a cat or dog - Doha Family - Autumn 2014" [Mengimport kucing atau anjing - Doha Family - Musim Luruh 2014]. www.dohafamily.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2019. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  30. ^ "It is prohibited to import the following dogbreeds to the Faroe Islands" [Dilarang mengimport baka anjing berikut ke Kepulauan Faroe] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015.
  31. ^ "Turks Caicos Pet Passport - Current Dog and Cat Import Requirements" [Pasport Haiwan Peliharaan Turks Caicos - Syarat Import Anjing dan Kucing Semasa]. www.pettravel.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  32. ^ "List of Banned Dogs by Countries" [Senarai Anjing Terlarang mengikut Negara]. petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  33. ^ "IATA - Tunisia Customs, Currency & Airport Tax regulations details" [IATA - Perincian peraturan Kastam, Mata Wang, dan Lapangan Terbang Tunisia]. www.iatatravelcentre.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.

Bacaan lanjut

  • Hancock, David (2001). The Mastiffs: The Big Game Hunters: Their History, Development and Future [Mastif: Pemburu Buruan Besar: Sejarah, Perkembangan, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ducklington, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114. OCLC 183116227.
  • Verhoef-Verhallen, Esther J. J. (2010). The Complete Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Lengkap Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Lisse, Belanda: Rebo Publishers. m/s. 530–531. ISBN 9789036615099. OCLC 872315674.