Brandon Flynn

Brandon Paul Flynn
Kelahiran (1993-10-11) 11 Oktober 1993 (umur 30)
Miami, Florida, A.S.
PekerjaanPelakon
Terkenal kerana13 Reasons Why

Brandon Flynn (lahir 11 Oktober 1993)[1] merupakan seorang pelakon dari Amerika Syarikat yang dikenali menerusi watak sebagai Justin Foley dalam 13 Reasons Why, selain muncul sebagai diri sendiri dalam filem pendek Home Movies, dan Mike the Intern dalam BrainDead.

Kehidupan awal

Brandon Flynn dilahirkan di Miami, Florida,[2] di mana beliau belajar di New World School of the Arts.[1] Beliau tamat belajar dari Sekolah Seni Mason Gross di Universiti Rutgers di New Jersey pada tahun2016, dengan sebuah ijazah sarjana muda dalam Seni Halus.[2][3] Peranan pertama Flynn adalah ketika berusia 10 tahun sebagai Mr. Smee dalam sebuah muzikal Peter Pan.[4]

Kerjaya

Pada tahun 2016, Flynn melakonkan watak sebagai Mike the intern dalam BrainDead. Pada tahun 2017, he melakonkan watak dalam pementasan Kid Victory di Teater Vineyard.[5]

Selain itu, Flynn juga pernah muncal dalam beberapa buah iklan dan filem. Beliau pernah muncal dalam siri televisyen Sirens dan Lost and Gone Forever. Beliau turut terlibat dalam beberapa buah pementasan, termasuklah Much Ado About Nothing dan The Crucible.

Pada tahuyn 2017, Flynn melakonkan watak sebagai Justin Foley dalam 13 Reasons Why.

Pada Februari 2018, beliau muncul dalam True Detective musim ketiga sebagai Ryan Peters.[6]

Kehidupan peribadi

Pada September 2017, Flynn mengesahkan beliau sebahagian daripada komuniti LGBT menerusi akaun Instagramnya.[7] Beliau juga bertemu janji dengan penyanyi British, Sam Smith.[8]

Filemografi

Tahun Judul Peranan Nota
2016 BrainDead Mike the Intern 1 episod
2017 Home Movies Diri sendiri Filem pendek
2017-kini 13 Reasons Why Justin Foley 13 episod
2018[9] True Detective Ryan Peters

Rujukan

Pautan luar