Cantal (keju)
Cantal | |
---|---|
Negara asal | Perancis |
Wilayah, Bandar | Cantal |
Sumber susu | Lembu |
Dipasteurkan | Ya |
Tekstur | Keras |
Kandungan lemak | 45% |
Tempoh penuaan | 30 hari |
Pensijilan | AOC: 1956[1] |
Cantal adalah keju dari daerah dengan nama sama di Perancis dan dihasilkan dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur.[1] Keju ini berasal dari Pays Vert di Auvergne dan dihasilkan di seluruh daerah di bahagian Chantal dan dia 41 kampung di bahagian Aveyron, Corréze, Haute-Loire, dan Puy-de-Dôme.[1] Keju ini dibuat dengan memasukkan dadih ke dalam silinder kayu yang dikenali sebagai le formage.[2] Alat tersebut merupakan asal usul dari kata keju dalam bahasa Perancis yaitu fromage.[2] Ada dua jenis keju Cantal, iaitu Cantal Fermier dan Cantal Laitier.[2] Cantal Fermier dihasilkan di pergunungan semasa musim panas manakala Cantal Laitier dihasilkan sepanjang tahun menggunakan susu yang dipasteur.[2] Keju Cantal dijual sebagai jeune ketika berusia sekurang-kurangnya 30 hari.[2] Manakala ketika mencapai lebih daripada enam bulan maka keju ini dikategorikan sebagai vieux.[2]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {tunas} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.