Claude Monet

Claude Monet
Claude Monet, gambar oleh Nadar, tahun 1899.
Kelahiran
Oscar-Claude Monet

(1840-11-14)14 November 1840
Paris, France
Meninggal dunia5 Disember 1926(1926-12-05) (umur 86)
Giverny, France
WarganegaraPerancis
Terkenal keranaPelukis
Karya terkenal
Impression, soleil levant
siri Rouen Cathedral
siri London Parliament
Water Lilies
Haystacks
Poplars
Gerakan politikImpresionisme
PenaungGustave Caillebotte, Ernest Hoschedé, Georges Clemenceau

Claude Monet (14 November 1840 – 5 December 1926) ialah seorang pengasas lukisan Impresionisme Perancis. Beliau merupakan pengamal tekal falsafah meluahkan tanggapan pelukis tentang alam semula jadi, terutamanya dalam lukisan landskap luar (plein-air) pergerakan itu dan menghasilkan banyak karya dalam genre tersebut.[1][2] Perkataan "Impressionism" merupakan terbitan daripada judul lukisannya, Impression, soleil levant ("Impression, terbit matahari").

Paris dan Giverney

Pierre-Auguste Renoir, Claude Monet Reading ("Claude Monet sedang membaca") 1872
Impression, soleil levant (Impression, terbit matahari), 1872
On the Bank of the Seine, Bennecourt ("Di tebing Seine, Bennecourt") 1868, contoh awal Impresionisme plein-air: penggunaan cat minyak secara penanda dan penunjuk dipaparkan sebagai lukisan yang sudah selesai.

Pada tahun 1862 Monet menuntut di bawah Charles Gleyre di Paris, di mana beliau bertemu Pierre-Auguste Renoir, Frederic Bazille dan Alfred Sisley. Mereka bersama-sama berkongsi pendekatan baharu terhadap seni lukis, melukis kesan cahaya ("plein air") dengan warna berbintik dan coretan pantas, yang kemudiannya dikenali sebagai Impresionisme.

Pada tahun 1872, beliau melukis Impression, soleil levant ("Impression, terbit matahari" ) yang menggambarkan pemandangan pelabuhan Le Havre. Lukisan ini dipamerkan pada tahun 1874 dalam pameran lukisan Impresionis pertama. Pengkritik seni Louis Leroy membuat kata ciptaan Impressionism daripada tajuk lukisan Monet; Leroy mencipta perkatan tersebut untuk mencemuh gaya pelukis Impresionisme, akan tetapi perkataannya telah diambil oleh para Impresionis sebagai gelaran pergerakan seni mereka.

Monet gemar melukis pemandangan semula jadi terkawal: taman bunga miliknya di Giverny, dengan bunga telepok, tasik, dan jambatan. Beliau juga melukis tebing sungai Seine, dan menghasilkan lukisan seperti Break-up of the ice on the Seine ("Pencairan ais di sungai Seine"). Beliau menulis pesanan harian kepada tukang kebunnya, atur letak persisi bagi tanaman dan catatan berkaitan pembelian bunga serta himpunan buku-buku botani. Taman Monet berkembang seiring dengan kemewahannya dan beliau merupakan ahli seni landskap tamannya mahupun beliau menggaji tujuh orang taukang kebun.[3]

Galeri

Lukisan awal

Le déjeuner sur l'herbe, (bahagian kanan), dengan Gustave Courbet, 1865–1866, Musee d'Orsay, Paris
Woman with a Parasol, (Camille dan Jean Monet), 1875, National Gallery of Art, Washington, DC.

Lukisan terkemudian

Pautan

  • Francesco Filippini

Rujukan

  1. ^ House, John, et al.: Monet in the 20th century, page 2, Yale University Press, 1998.
  2. ^ "Claude MONET biography". Giverny.org. 2 December 2009. Dicapai pada 5 June 2012.
  3. ^ Garrett, Robert (20 May 2007). "Monet's gardens a draw to Giverny and to his art". Globe Correspondents. Dicapai pada 13 October 2008.

Bacaan lanjut

  • Howard, Michael The Treasures of Monet. (Musée Marmottan Monet, Paris, 2007).
  • Kendall, Richard Monet by Himself, (Macdonald & Co 1989, updated Time Warner Books 2004), ISBN 0-316-72801-2
  • Tucker, Paul Hayes, Monet in the '90s. (Museum of Fine Arts in association with Yale University Press, New Haven and London, 1989).
  • Tucker, Paul Hayes Claude Monet: Life and Art Amilcare Pizzi, Italy 1995 ISBN 0-300-06298-2
  • Tucker, Paul Hayes, Monet in the 20th century. (Royal Academy of Arts, London, Museum of Fine Arts, Boston and Yale University press. 1998).

Pautan luar

Templat:Normdaten

Templat:Impressionists