David L. Rabinowitz
David Lincoln Rabinowitz (lahir 1960) ialah seorang penyelidik di Universiti Yale. Beliau telah membuat kamera-kamera CCD serta perisian untuk mengesan asteroid hampir Bumi dan objek-objek Lingkaran Kuiper,[1] di mana kajiannya telah membantu mengurangkan jumlah anggaran asteroid hampir Bumi bersaiz melebihi 1 km kepada separuh, iaitu daripada 1,000–2,000 kepada 500–1,000.[2] Beliau turut membantu dalam pengesanan objek-objek jauh sistem solar, supernova, dan kuasar, lantas membantu dalam memahami asal-usul sistem solar dan evolusinya serta memahami tenaga gelap yang memacu pengembangan memecut alam semesta.
Rujukan
- ^ "David Rabinowitz overview". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-06. Dicapai pada 2015-11-13.
- ^ NASA report on the reduction of the number of near earth asteroids.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {tunas} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.