Dolce Amore
Dolce Amore | |
---|---|
Genre | Percintaan Komedi Melodrama |
Pencipta | Olivia M. Lamasan Henry King Quitain |
Dibangunkan oleh | Malou N. Santos Des M. de Guzman |
Ditulis oleh | Mark Duane Angos Enrique S. Villasis Mary Pearl Urtola |
Pengarah | Mae Cruz-Alviar Richard I. Arellano Cathy Garcia-Molina |
Pengarah kreatif | Johnny Delos Santos |
Dibintangi oleh | Liza Soberano Enrique Gil |
Lagu pembukaan | Your Love oleh Juris |
Lagu penutup | "Tou Amore" (Your Love) by Michael Pangilinan |
Penggubah | Alamid |
Negara asal | Filipina |
Bahasa | Filipina Inggeris Itali |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 137 |
Penerbitan | |
Penerbit | Myleen H. Ongkiko |
Penyunting | Jeric Hernandez Joshua Arellano |
Lokasi | Filipina Itali |
Tempoh siaran | 30-45 minit |
Syarikat penerbitan | Star Creatives |
Penyiaran | |
Saluran asal | ABS-CBN |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 15 Februari 2016 | – 26 Ogos 2016
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Dolce Amore ialah sebuah siri drama percintaan Filipna 2016 arahan Mae Cruz-Alviar, Cathy Garcia-Molina dan Richard Arellano, lakonan Liza Soberano dan Enrique Gil. Siri ini telah disiarkan di slot ABS-CBN Primetime Bida dan di seluruh dunia di The Filipino Channel dari 15 Februari 2016 hingga 26 Ogos 2016, menggantikan Pangako Sa 'Yo. Di Malaysia, drama ini disiarkan serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Plot
Serena (Liza Soberano) ialah seorang gadis Filipina yang muda dan cantik yang dijaga oleh keluarga Marchesa, iaitu Roberto (Ruben Maria Soriquez) dan Luciana (Cherie Gil), bapa dan ibu angkatnya dari Itali yang kaya ketika dia masih kecil. Apabila dia mendapati dirinya terjebak dalam perkahwinan yang diatur dengan kawan baiknya di Itali, Giancarlo (Matteo Guidicelli) menyebabkan Serena membuat keputusan untuk melarikan diri ke Filipina, iaitu sebuah negara yang sangat terpesona olehnya sewaktu dia masih kecil dan mendengar cerita yang dia dengar dari pengasuh Filipina dan kisah-kisah rakannya dari Filipina telah bercakap mengenainya. Disana, dia bertemu dan jatuh cinta dengan sahabat penanya, Tenten (Enrique Gil), iaitu anak angkat keluarga Ibarra yang miskin dan rajin dari Tondo yang terpaksa mengambil pekerjaan tidak konvensional untuk keluarganya. Sewaktu berada di Filipina, Serena akhirnya bertemu dengan keluarga Urtola, iaitu keluarga kandungnya yang dicari-carinya selama ini.
Hubungan Serena dan Tenten mula diduga apabila Giancarlo mengetahui hubungan tersebut lalu berusaha untuk memenangi hati Serena. Akan tetapi, bagi Serena dia menggangap Giancarlo hanya sebagai kawan baik. Serena yang sememangnya tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Giancarlo lantas berterus terang kepada Giancarlo bahawa perasaan cintanya hanyalah untuk Tenten. Mendengar pengakuan Serena itu membuatkan Giancarlo menjadi sangat marah lalu membuat rancangan untuk merampas semula Serena daripada Tenten. Giancarlo merancang untuk membunuh Tenten dan rancangan itu dibantu oleh bapa saudaranya, Favio (Alvin Anson). Rancangan jahat tersebut membuatkan Tenten kehilangan abangnya, Binggoy (Kean Cipriano) yang terkorban ketika ingin menyelamatkan Tenten dan Serena dalam satu kemalangan yang dirancang oleh Giancarlo dan Favio.
Kejadian yang menimpa Binggoy membuatkan Serena menjadi semakin takut dan mulai membenci Giancarlo. Namun, Giancarlo yang semakin obses ingin memiliki Serena lantas bertindak mengugut Serena bahawa dia akan membunuh Tenten dan keluarganya sekiranya dia enggan mengahwininya. Kerana terdesak ingin menyelamatkan nyawa semua orang yang disayanginya, Serena kemudian terpaksa melakukan pengorbanan dengan melarikan diri pada hari perkahwinannya dengan Tenten lalu mengahwini Giancarlo. Malangnya, tiba hari perkahwinan tersebut Giancarlo dan Favio kemudian mati ditembak oleh orang-orang upahan Luciana.
Sementara itu, Tenten yang masih kecewa dengan kejadian yang berlaku di hari perkahwinannya itu, lantas dikejutkan dengan kemunculan Vivian (Tetchie Agbayani), iaitu seorang wanita kaya raya yang mengaku sebagai ibu kandungnya. Kesempatan itu digunakan Tenten untuk bangkit semula dan ingin membalas dendam terhadap Luciana yang dipercayainya sebagai punca kematian abangnya.
Setahun kemudian, selepas kematian Giancarlo, Serena dan keluarganya telah di isytiharkan muflis setelah kerjasama syarikat mereka dan syarikat De Luca dibatalkan setelah terbukti bahawa syarikat De Luca mempunyai rekod perniagaan yang gelap. Dengan berbekalkan wang simpanannya selama ini, Serena kini hidup sederhana bersama Roberto dan Luciana di Itali. Bagaimanapun, kebahagiaan Serena tidak berkekalan apabila dia mengetahui Villa Marchesa, iaitu tempat tinggalnya dahulu ingin dirobohkan oleh syarikat Dubois yang diketuai oleh Tenten. Serena kemudian melakukan berbagai cara untuk memujuk Tenten agar menghentikan rancangan untuk meruntuhkan villa tersebut. Namun, usaha Serena itu gagal apabila Tenten bertegas ingin tetap meneruskan rancangannya itu. Tenten sengaja melakukan semua itu disebabkan ingin membalas dendam terhadap Luciana dan keluarga De Luca yang menjadi punca kematian Binggoy. Sementara itu, kemunculan River (Joseph Marco), iaitu seorang lelaki kasanova yang menaruh hati kepada Serena membuatkan rancangan Tenten untuk membalas dendam mulai goyah apabila dia menyedari bahawa dihati masih tersimpan perasaan cintanya terhadap Serena. Tenten mulai sedar bahawa dia juga enggan melihat Serena menjadi milik orang lain. Tenten dan Serena akhirnya mengakui bahawa mereka masih saling mencintai. Serena lantas berterus terang kepada River bahawa dia masih mencintai Tenten dan tidak ingin memberikan River harapan palsu. River yang sedar Serena tidak mungkin akan menjadi miliknya membuatkan dia mengalah.
Tenten akhirnya mengetahui bahawa Luciana tidak terlibat dengan kematian Binggoy kerana pembunuh sebenar abangnya adalah Giancarlo dan Favio. Kebenaran itu sekaligus membuatkan Tenten mengugurkan dakwaannya terhadap Luciana. Manakala Favio yang masih hidup kini kembali untuk membalas dendam kepada Luciana diatas kematian Giancarlo. Bagi menjalankan memastikan rancangannya itu berjalan lancar, Favio kemudian mengupah Hannah (Franchesca Foirendo). Hannah adalah pembantu peribadi Vivian yang ditugaskan untuk mengawasi gerak geri Tenten dan Luciana. Tiada sesiapa yang menyedari rancangan Favio dan Hannah itu sehinggalah pada suatu hari Serena secara tidak sengaja terdengar perbualan telefon diantara mereka membuatkan Serena mencurigai Hannah. Serena lantas memberitahu Tenten akan tentang kecurigaannya terhadap Hannah dan menyuruh agar Tenten menyiasat latar belakang pembantu peribadi mereka itu. Tenten yang sememangnya mengetahui bahawa Hannah menaruh hati terhadapnya lantas bertindak menggoda Hannah dan berjaya mendapatkan nombor telefon Favio. Maka terbongkarlah rahsia bahawa Hannah bekerja dibawah arahan Favio. Kemudian Favio akhirnya berjaya diberkas polis.
Bagaimanapun, Favio yang berasa tidak puas hati dan marah kerana disumbatkan ke dalam penjara itu bertindak untuk mengugut Luciana bahawa dia akan membongkar kejahatan Luciana jika dia enggan membantu melepaskan dirinya daripada penjara. Akan tetapi, Luciana yang enggan menurut kemahuan Favio itu menyebabkan Favio lantas membuat satu video pengakuan dengan mendedahkan rahsia Luciana kepada Tenten bahawa Luciana adalah ibu kandungnya. Favio kemudian menyuruh Hannah memasang video tersebut di suatu majlis. Tenten yang melihat video tersebut kini mengetahui akan hal sebenarnya dan menjadi sangat marah kepada Luciana dan Vivian kerana bersubahat untuk menyembunyikan perkara sebenar daripadanya dan kini bertindak membenci mereka. Bagaimanapun, disebabkan nasihat Taps dan Dodoy, iaitu ibu dan ayah angkatnya, Tenten akhirnya menerima dan memaafkan Luciana. Akhirnya, Tenten dan Serena berkahwin.
Pelakon
Watak utama
- Liza Soberano sebagai Serena Marchesa / Monica Urtola
- Enrique Gil sebagai Simon "Tenten" Vicente Ibarra
Watak Pembantu
- Matteo Guidicelli sebagai Giancarlo De Luca
- Cherie Gil sebagai Luciana Marchesa
- Sunshine Cruz sebagai Alice Urtola
- Edgar Mortiz sebagai Ruben "Dodoy" Ibarra
- Rio Locsin sebagai Pilita "Taps" Ibarra
- Kean Cipriano sebagai Alvin "Binggoy" Ibarra
- Ruben Maria Soriquez sebagai Roberto Marchesa
- Andrew E. sebagai Eugene "Uge" Urtola
- Sue Ramirez sebagai Angela "Angel" Urtola
- Matteo Tosi sebagai Silvio De Luca
- Alvin Anson sebagai Favio De Luca
- Tetchie Agbayani sebagai Vivian Dubois
- Joseph Marco sebagai River Cruz
- Franchesca Floirendo sebagai Hannah Conde
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Parangal Paulinian | Dramang Pantelebisyon | Dolce Amore | Menang |
6th EdukCircle Awards | Drama Actress of the Year | Liza Soberano | Tercalon | |
Drama Actor of the Year | Enrique Gil | Tercalon | ||
ALTA Media Icon Awards | Most Influential Female TV Personality | Liza Soberano | Menang | |
30th PMPC Star Awards for Television | Best Primetime Drama Series | Dolce Amore | Tercalon | |
Best Drama Actor | Enrique Gil | Tercalon | ||
Best Drama Actress | Liza Soberano | Tercalon | ||
Best Drama Supporting Actress | Cherie Gil | Tercalon | ||
Sunshine Cruz | Tercalon | |||
Best Drama Supporting Actor | Matteo Guidicelli | Tercalon | ||
2nd Illumine Innovation Awards for Television | Most Innovative TV Actress | Liza Soberano | Menang | |
Most Innovative TV Loveteam | Liza Soberano and Enrique Gil | Menang | ||
2017 | 3rd Aral Parangal Awards of the Young Educators Summit | Best Drama Actress | Liza Soberano | Menang |
4th Paragala: The Central Luzon Media Awards | Best Television Actress | Liza Soberano | Menang | |
4th LPU UmalohokJuan Awards | Television Actress of the Year | Liza Soberano | Menang | |
Centro Escolar University Mass Communication Awards for Media and the Arts | Excellence Awardee in the Field of Entertainment TV | Liza Soberano and Enrique Gil | Menang |
Penarafan
EPISOD PENGENALAN | EPISOD AKHIR | KEDUDUKAN | PURATA | SUMBER |
---|---|---|---|---|
[1] |