FC Copenhagen

Copenhagen
Logo
Nama penuhFootball Club København
GelaranLøverne (Singa)
Nama pendekFCK
Copenhagen
Diasaskan1 July 1992; 31 tahun yang lalu (1 July 1992)
StadiumTelia Parken, Copenhagen
(Kapasiti: 38,065)
PemilikParken Sport & Entertainment
PengerusiJohn Dueholm
PengurusStåle Solbakken
LigaLiga Super Denmark
2022-23JUARA
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Football Club Copenhagen (Denmark: F.C. København) ataupun secara pendeknya, FCK merupakan kelab bola sepak profesional Denmark yang berpangkalan di ibu negara Denmark, Copenhagen. Copenhagen bermain di Liga Super Denmark yang merupakan kelab paling berjaya di bola sepak Denmark dan kelab yang berkedudukan tertinggi berbanding mana-mana kelab Scandinavia dalam kedudukan kelab UEFA dan Copenhagen tempat ke-45 terbaik di Eropah. Kelab ini kini tempat ke-43 kelab terbaik dunia oleh IFFHS.

Pasukan ini layak buat pertama kali ke Liga Juara-Juara Eropah pada edisi 2006-07. Tiga tahun kemudian, kelab ini menjadi kelab bola sepak pertama Denmark yang berjaya melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab. Kelab ini ditubuhan pada 1992 hasil daripada penyatuan daripada juara 15 kali, Kjøbenhavns Boldklub dan juara tujuh kali liga Denmark, Boldklubben 1903. Copenhagen bermain pada perlawannya di Telia Parken dan ia juga merupakan stadium untuk pasukan kebangsaan Denmark. Sejak penubuhannya, Copenhagen mempunyai pesaing terdekat iaitu Brøndby IF dan ia merupakan perlawanan yang amat ramai didatangi para peminat dalam sejarah bola sepak Denmark.

Penghargaan

  • Superligaen
    • Juara (15): 1993, 2001, 2003, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2013, 2016, 2017, 2019, 2022, 2023
  • DBU Pokalen
    • Juara (9): 1994-95, 1996-97, 2003-04, 2008-09, 2011-12, 2014/2015, 2015/2016, 2016/17, 2022/23
  • Piala Liga Denmark
    • Juara: 1996
  • Piala Super Denmark
    • Juara (3): 1995, 2001, 2004
  • Piala Ørestad
    • Juara (2): 2000, 2002
  • Piala Raja Thailand
    • Juara: 1994

Eropah

  • Royal League
    • Juara (2): 2004–05, 2005–06
  • Piala Atlantik
    • Juara: 2014

Pautan luar