Fong Kui Lun
Yang Berhormat Fong Kui Lun | |
---|---|
方贵伦 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P120 Bukit Bintang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 21 November 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Lee Chong Meng |
Majoriti | 14,277 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1946-09-28) 28 September 1946 (umur 78) Selangor, Malayan Union (kini Malaysia) |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Ong Kwai Leng |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Fong Kui Lun merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari DAP. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.
Kes
Tumbuk peragut
Pada 16 Ogos 2012, beliau menumbuk bahagian bahu seorang peragut telefon mudah alih seorang wanita ketika lelaki berkenaan berlari melepasinya lalu berjaya ditangkap di jalan berhampiran Shaw Parade, Pudu, Kuala Lumpur ketika beliau sedang berjalan menuju ke keretanya selepas makan tengah hari.[1]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi parlimen | Undian diterima | Majoriti | Ballots Cast | Lawan | Kehadiran |
---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P108 Bukit Bintang | 19115 | menang dgn 1134 | 37294 | Dr Lee Chong Meng (BN - MCA) Billi Lim Peng Soon | 62.57% |
2004 | P120 Bukit Bintang | 19107 | menang dgn 304 | 39637 | Tan Chew Mooi (BN - MCA) Billi Lim Peng Soon Wee Choo Keong | 60.9% |
2008 | P120 Bukit Bintang | 26811 | menang dgn 14277 | 40441 | Dr Lee Chong Meng (BN - MCA) | 72.88% |
Isu & Kontroversi
Menafikan Islam Agama Persekutuan
Beliau antara Adun DAP yang berkeras menafikan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau bertegas mendakwa bahawa negara Malaysia merupakan negara sekular dan sebarang usaha untuk memperkasa Islam hendaklah dihalang. [2].
Menyokong Festival Better Beer 2017
Beliau antara ADUN bukan Islam yang membantah pihak DBKL yang tidak membenarkan penganjuran festival arak diadakan di Kuala Lumpur. [3]. Festival tersebut tidak dibenarkan kerana terdapat ancaman dari pihak militan untuk mensabotaj festival tersebut.
Melancarkan Kempen Anti Negara Islam
Beliau bertanggungjawab menganjurkan Kempen Anti Negara Islam dalam usaha mahu menghapuskan Islam di Malaysia. Tindakan tersebut dianggap biadap kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. [4].
Pautan luar
- Biodata di Parlimen Malaysia Diarkibkan 2008-04-09 di Wayback Machine
Rujukan
- ^ "MP Bukit Bintang tumbuk suspek peragut", Malaysiakini.com, 16 Ogos 2012.
- ^ [1]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-23. Dicapai pada 2017-09-22.
- ^ [2]
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||