Geseran epiglotis bersuara

Nombor AFA174
Pengekodan
X-SAMPA<\
Imej

Geseran epiglotis bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʢ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan <\ dalam X-SAMPA.

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran epiglotis bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah epiglotis, iaitu disebut dengan epiglotis menyentuh belakang farinks.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Kegunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Arab Loghat-loghat tertentu[1] تَعَشَّى [t̪ɑʢɑʃʃɐː] 'bermakan larut malam' Berpadanan dengan /ʕ/ (atau [ʔˤ]) dalam Bahasa Arab Baku atau loghat-loghat lain. Rujuk fonologi bahasa Arab

Rujukan