"Hate You" (Bencikan Kau) merupakan single daripada kumpulan muzik2NE1. Single ini telah dilancarkan pada 21 Julai2011 dan merupakan sebahagian daripada lagu yang berada dalam album mini mereka iaitu 2NE1 2nd Mini Album. Pada bulan berikutnya, single ini telah dilancarkan dalam versi bahasa Jepun dan ia dimasukkan ke dalam album mini NOLZA. Lagu ini pada asalnya dihasilkan oleh Teddy Park dengan tajuk "Fuck You". Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dari segi seni kata lagunya dan tajuk lagu yang kurang sesuai. Akhirnya nama tersebut ditukar dan penambahbaikan lirik juga dilakukan.