Hitachi Data Systems
![]() | |
![]() Ibu pejabat Hitachi Vantara pada April 2019 | |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat Hitachi, Ltd (NYSE: HIT) |
---|---|
Industri | Sistem penyimpanan data komputer Perisian penyimpanan data Sistem komputer Perkakasan komputer Perisian komputer Perundingan teknologi maklumat ITSM |
Ditubuhkan | 1989[1] |
Pengasas | Namihei Odaira ![]() |
Pengganti | Hitachi Vantara |
Ibu pejabat | Santa Clara, California, Amerika Syarikat |
Tokoh penting | Gajen Kandiah (CEO) |
Pemilik | Hitachi, Ltd. ![]() |
Bilangan kakitangan | 6.300 orang di lebih dari 100 negara |
Syarikat induk | Hitachi, Ltd. ![]() |
Tapak web | Hitachi Vantara |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hitachi Data Systems (HDS) merupakan penyedia sistem, perkhidmatan, dan peranti mudah alih penyimpanan data komputer bermodul kelas menengah hingga kelas atas. Perniagaannya kini merupakan sebahagian dari Hitachi Vantara.
Syarikat ini dahulu ialah anak syarikat Hitachi Ltd. dan merupakan sebahagian dari Pembahagian Sistem Maklumat & Telekomunikasi Hitachi.[2] Pada tahun 2017, perniagaan syarikat ini digabung 0kan dengan Pentaho dan Hitachi Insight Group untuk membentuk Hitachi Vantara.
Pada tahun 2010, produk dan perkhidmatan Hitachi Data Systems dijual secara langsung ataupun tidak langsung di lebih dari 170 negara dan wilayah. Kliennya termasuk lebih dari separuh syarikat yang masuk dalam senarai Fortune 100 pada masa itu.[1]
Sejarah
Hitachi Data Systems (HDS) diwujudkam pada tahun 1989 semasa Hitachi dan Electronic Data Systems (EDS) memperolehi National Advanced Systems (NAS) dari National Semiconductor dan bertukar namanya menjadi Hitachi Data Systems. Namun sebelum itu, asal-usul syarikat ini sebenarnya bermula dari Itel, sebuah pengeluar bingkai komputer utama. Kumpulan Produk Komputer milik Itel awalnya menjual bingkai komputer utama IBM buatan National Semiconductors, kemudian pada tahun 1979, National Semiconductor mengambil alih kumpulan tersebut dan membentuk National Advanced Systems (NAS). NAS lalu bepisah dari yang awalnya menghasilkan bingkai komputer utama menjadi memasarkan sistem buatan Hitachi. Pada tahun 1999, Hitachi membeli semua saham EDS, dan HDS menjadi anak syarikat milik penuh dari Hitachi. Selama beberapa tahun, HDS menjual bingkai komputer utama IBM dan sistem penyimpanan buatan Hitachi, namun pada tahun 2000, HDS keluar daripada perniagaan bingkai komputer utama dan fokus ke penyimpanan data.[3]
Rujukan
- ^ a b "About us: Facts at a Glance". Company web site. HDS. Diarkibkan daripada yang asal pada March 12, 2010. Dicapai pada June 25, 2013.
- ^ "Hitachi Data Systems Corporation Company Profile". Yahoo Finance. Dicapai pada June 25, 2013.
- ^ "Vendor profile: Hustling Hitachi Data Systems has EMC in its sights". Computerworld Storage Network World Online. Dicapai pada 2009-01-21.