Istana Neuschwanstein

Koordinat: 47°33′27″N 10°45′00″E / 47.55750°N 10.75000°E / 47.55750; 10.75000

Istana Neuschwanstein
Maklumat umum
Gaya seni bina
Pemulihan Romanesque
LokasiHohenschwangau, Jerman
Pembinaan bermula5 September 1869
Disiapkan pada
sekitar 1892 (tidak siap)
PemilikJabatan Istana Bavaria
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekEduard Riedel
Jurutera awam
Eduard Riedel, Georg von Dollmann, Julius Hofmann
Pereka bentuk lain
Ludwig II, Christian Jank

Istana Neuschwanstein (Jerman: Schloss Neuschwanstein, disebut [nɔʏˈʃvaːnʃtaɪn], bahasa Inggeris: New Swanstone Castle[1]) ialah sebuah istana kota abad ke-19 yang dibina berunsurkan seni bina Pemulihan Romanesque. Ia terletak di atas sebuah bukit berceranggah di kampung Hohenschwangau berdekatan Füssen di barat daya Bavaria, Jerman. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria sebagai sebuah tempat rehat peribadi. Ludwig dipercayai membiayai sendiri pembinaan istana ini melalui pinjaman dan bukannya mengambil dana daripada tabung awam negeri Bavarian.

Meskipun tujuan asal pembinaan istana ini adalah sebagai tempat rehat peribadi Raja Ludwig, ia kemudian dibuka kepada awam selepas kematian beliau pada tahun 1886.[2] Sejak itu lebih daripada 61 juta orang telah melawat Istana kota Neuschwanstein.[3] Lebih daripada 1.3 juta orang melawatnya setiap tahun, dan sehingga 6,000 sehari pada musim panas.[4] Istana ini sering digunakan dalam beberapa filem dan menjadi inspirasi kepada Istana kota Sleeping Beauty di Disneyland[5].

Panorama

Istana kota Neuschwanstein dilihat dari Marienbrücke (Jambatan Marie atau Pöllatbrücke). Marienbrücke terletak di seberang Pöllat dan boleh dilihat secara jelas dari istana kota Neuschwanstein. Jambatan ini dinamakan oleh Ludwig II dari Bavaria bersempena nama ibu beliau, Marie Friederike dari Prusia.

Nota

Rujukan

Sumber

Pautan luar