Itik siul

Itik siul
Itik Belibis Perut Hitam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Anatidae
Subkeluarga:
Dendrocygninae

Reichenbach, 1853
Tribus:
Dendrocygnini
Genus:
Dendrocygna

Swainson, 1837
Spesies jenis
Anas arcuata
Horsfield, 1824
Spesies
  • Dendrocygna arborea
  • Dendrocygna arcuata
  • Dendrocygna autumnalis
  • Dendrocygna bicolor
  • Dendrocygna eytoni
  • Dendrocygna guttata
  • Dendrocygna javanica
  • Dendrocygna viduata

Itik siul atau itik pokok adalah sebuah sub-keluarga, Dendrocygninae dari keluarga burung itik, angsa dan swan, Anatidae. Ia bukannya itik asli. Dalam skema taksonomi, ia dianggap sama ada keluarga Dendrocygnidae, atau satu puak Dendrocygnini dari sub-keluarga angsa Anserinae yang berasingan. Sub-keluarga ini mempunyai satu genus, Dendrocygna, yang mana mengandungi lapan spesies hidup, dan satu spesies pupus yang tidak diperincikan daripada Aitutaki dari Kepulauan Cook.

Species

Lapan spesies itik siul kini diakui dari genus Dendrocygna. Bagaimanapun, Johnsgard menganggap itik belakang putih (Thalassornis leuconotus) yang berasal daripada Afrika dan Madagascar adalah spesies ke-9 yang berjauhan,[1] yang mana pertama kali dicadangkan pada tahun 1960 dan asalnya disokong oleh kerana memiliki tabiat yang sama. Kemudian, persamaan dalam anatomi, bunyi itik, dan protein pada sayap memberi sokongan tambahan.[2] Analisis molekular yang dilakukan pada tahun 2009 juga mencadangkan bahawa itik belakang putih membiak dalam kalangan itik siul.[3] Sebagai tambahan kepada spesies yang pupus, rangka subfosil yang pupus, spesies yang tidak diperincikan boleh didapati di Kepulauan Cook.[4]

Nama saintifik Nama biasa Pihak berkuasa Status pemuliharaan Imej
D. arborea Itik Siul India Barat Linnaeus, 1758

Membimbangkan

D. arcuata Wandering whistling duck Horsfield, 1824

Kurang membimbangkan

D. autumnalis Itik Siul Paruh Hitam Linnaeus, 1758

Kurang membimbangkan

D. bicolor Itik Siul Fulvous Vieillot, 1816

Kurang membimbangkan

D. eytoni Plumed whistling duck Eyton, 1838

Kurang membimbangkan

D. guttata Itik Siul Berbintik Schlegel, 1866

Kurang membimbangkan

D. javanica Itik Belibis Horsfield, 1821

Kurang membimbangkan

D. viduata Itik Siul Muka Putih Linnaeus, 1766

Kurang membimbangkan

Perincian

Itik siul boleh ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Seperti ia mendapat nama, spesies itik ini memiliki siualan yang berbeza.[perlu rujukan]

Itik siul mempunyai kaki dan leher yang panjang, dan tinggal dalam kawanan, terbang ke sana dan ke sini pada waktu malam dalam kumpulan besar. Kedua-dua jantina mempunyai warna bulu yang sama, dan bahagian bawah sayap yang berwarna hitam.[perlu rujukan]

Rujukan

  1. ^ Johnsgard 2010a, m/s. 41.
  2. ^ Johnsgard 2010b, m/s. 26.
  3. ^ Eo, Bininda-Emonds & Carroll 2009, m/s. 471–472.
  4. ^ Steadman 2006, m/s. 213 & 218.

Petikan

Pautan luar