KAA Gent

KAA Gent
Nama penuhKoninklijke Atletiek
Associatie Gent
GelaranDe Buffalo's (Kerbau)
Diasaskan1864; 160 tahun yang lalu (1864)
StadiumGhelamco Arena,
Ghent
(Kapasiti: 20,000)
PengerusiIvan De Witte
Direkotor pengurusMichel Louwagie
Ketua jurulatihHein Vanhaezebrouck
LigaLiga Pro Belgium
2018/19Liga Pro Belgium, Ke-5
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Koninklijke Atletiek Associatie Gent ataupun Ghent dan nama samarannya, De Buffalo's (Melayu: Kerbau) merupakan kelab bola sepak Belgium selain mempunyai kelab trek padang dan hoki. Kelab ini berpangkalan di Ghent, Belgium. Kelab bola sepak ini telah bermain di Liga Pro Belgium sejak musim 1989-90. Rekod terbaik Gent di divisyen itu pada musim 2014-15 apabila mereka menjadi juara liga. Selain itu, Gent juga telah memenangi tiga Piala Belgium. Gent bermain di stadium halamannya di Jules Ottenstadion dari tahun 1920 sehingga 2013 sebelum mereka berpindah ke Ghelamco Arena.

Kelab hoki dan trek padang telah diasaskan pada 1864 membuatkan ia merupakan salah satu kelab sukan tertua di Belgium. Kelab ini dikenali dengan nama dalam bahasa Perancis, La Gantoise. Mereka kemudian menukar nama pada versi bahasa Belanda pada 1971. Rekod tertinggi Gent di Eropah pada Piala UEFA 1991-92 apabila mereka melangkah ke suku akhir.

Penghargaan

  • Divisyen Pertama Belgium:
    • Juara (1): 2014–15
    • Naib juara (3): 1954–55, 2009–10, 2019-20
  • Piala Belgium:
    • Juara (4): 1963–64, 1983–84, 2009–10, 2021-22
    • Naib juara (2): 2007–08, 2018-19
  • Piala Super Belgium:
    • Juara (1): 2014-15
    • Naib juara (2): 1983–84, 2009–10
  • Piala Intertoto UEFA:
    • Naib juara (2): 2006, 2007

Pemain

Sehingga 10 Januari 2015

Skuad semasa

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Pemain pinjaman

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Pautan luar