Kapal pengangkut pesawat Jepun Shinano

Shinano
Shinano sedang menjalani ujian lautnya di Teluk Tokyo
Sejarah
Jepun
Nama: Shinano
Bersempena dengan: Negeri Shinano
Pembina: Yokosuka Naval Arsenal
Dibaringkan: 4 Mei 1940
Dilancarkan: 8 Oktober 1944
Disiapkan: 19 November 1944 (untuk ujian)
Takdir: Ditenggelamkan oleh kapal selam USS Archerfish, 29 November 1944
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal pengangkut pesawat
Sesaran:
  • 65,800 t (64,800 long ton) (standard)
  • 69,151 t (68,059 long ton) (normal)
Panjang: 265.8 m (872 ka 2 in) (o/a)
Lunas: 36.3 m (119 ka 1 in)
Draught: 10.3 m (33 ka 10 in)
Installed power:
Jana kuasa: 4 × syaf; 4 × turbin stim bergear
Halaju: 28 knot (52 km/j; 32 mph)
Jarak: 10,000 nmi (19,000 km; 12,000 bt) at 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal: 2,400 anak kapal
Persenjataan:
  • 8 × Meriam dwi guna 12.7 cm (5 in) dual
  • 35 × meriam AA 2.5 cm (1 in) triple
  • 12 × 28-barrel 12 cm (4.7 in) pelancar roket AA
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 47

Shinano (信濃) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat yang dibina oleh Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) semasa Perang Dunia II, merupakan kapal induk terbesar yang pernah dibina pada waktu itu. Mula dibina pada Mei 1940 sebagai kapal tempur kelas-Yamato yang ketiga, badan kapal separa lengkap Shinano telah diarah untuk ditukar kepada pengangkut pesawat susulan dari kehilangan besar empat daripada enam kapal induk armada asal Jepun dalam Pertempuran Midway pada pertengahan tahun 1942. Pembinaannya yang hampir selesai menghalang penukarannya menjadi pengangkut armada, jadi IJN memutuskan untuk menukarnya kepada pengangkut yang menyokong pengangkut lain.

Penukarannya masih belum siap pada November 1944 apabila ia diarah berlayar dari Yokosuka Naval Arsenal ke Pangkalan Laut Kure untuk melengkapkan pemasangan semula dan memindahkan muatan 50 buah bom terbang Yokosuka MXY-7 Ohka berenjin roket kamikaze. Ia ditenggelamkan semasa dalam perjalanan, 10 hari selepas pentauliahan, pada 29 November 1944, oleh empat torpedo dari kapal selam Tentera Laut A.S. Archerfish. Lebih seribu kelasi dan orang awam diselamatkan dan 1,435 orang hilang, termasuk nakhodanya. Ia kekal sebagai kapal perang terbesar yang pernah ditenggelamkan oleh kapal selam.[1]

Lihat juga

  • Senarai kapal tenggelam oleh kapal selam mengikut angka kematian

Nota

Nota kaki

  1. ^ Enright & Ryan, p. xiv

Rujukan

Pautan luar

  • Two plans of the ship have been located in the National Archives and Records Administration files and are available for download at [1] and [2].