Kapal selam Jerman U-511
Sejarah | |
---|---|
Nama: | U-511 |
Dipesan: | 20 Oktober 1939 |
Pembina: | Deutsche Werft, Hamburg |
Nombor limbungan: | 307 |
Dibaringkan: | 21 Februari 1941 |
Dilancarkan: | 22 September 1941 |
Ditauliah: | 8 Disember 1941 |
Takdir: | Dijual kepada Jepun, 16 September 1943 |
Sejarah | |
Nama: | RO-500 |
Diperolehi: | 16 September 1943 |
Takdir: |
|
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Type IXC kapal selam |
Sesaran: |
|
Panjang: |
|
Lunas: |
|
Tinggi: | 9.4 m (30 ka 10 in) |
Draft: | 4.7 m (15 ka 5 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: |
|
Kedalaman ujian: | 230 m (750 ka) |
Anak kapal: | 48 to 56 |
Persenjataan: |
|
Rekod perkhidmatan (Jerman)[2][3] | |
---|---|
Sebahagian: |
|
Komander: |
|
Operasi: |
|
Kemenangan: |
|
Kapal selam Jerman U-511 ialah sebuah U-boot Jenis IXC milik Kriegsmarine (Tentera Laut) Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Kapal selam ini mula dibina pada 21 Februari 1941 di limbungan Deutsche Werft di Hamburg sebagai "werk" 307, dilancarkan pada 22 September 1941 dan ditauliahkan pada 8 Disember 1941 di bawah pemerintahan Kapitanleutnant Friedrich Steinhoff.[2]
Selepas menjalani latihan bersama-sama Flotila U-boot Ke-4, dari Mei 1942, U-511 digunakan bagi menguji kemungkinan melancar roket artileri 30 cm (12 in) Wurfkörper 42 dari U-boot. Dengan kerjasama saudara lelaki pegawai memerintahnya, Ernst Steinhoff dari Pusat Penyelidikan Tentera Darat Peenemünde, sebuah rak berisi enam roket dipasang pada dek dan dilancarkan dengan jayanya sementara kapal selam berada di permukaan dan sambil menyelam pada kedalaman 12 meter. Walau bagaimanapun, roket tidak berapa tepat dan rak-rak memberi kesan negatif terhadap mengendalian dan prestasi kapal semasa menyelam, dan oleh sebab itu projek dihentikan.[2]
U-boot ini menyertai Flotila U-boot Ke-10 bagi perkhidmatan barisan hadapan pada 1 September 19343. Dalam peranan ini, U-511 membuat empat rondaan perang, dengan dua rondaan di bawah Kptlt. Steinhoff, dan dua lagi di bawah Kptlt. Fritz Schneewind, dan berjaya menenggelamkan lima kapal dengan berat tuntas sebanyak 41,373 gross register tons (GRT) dan merosakkan sebuah lagi kapal dengan berat sebanyak 8,773 GRT.[2]
Kapal selam U-511 dipindahkan kepada Jepun pada 16 September 1943 dan digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Imperial Jepun sebagai kapal selam RO-500 sehingga ia menyerah diri kepada Pihak Berikat pada bulan Ogos 1945.[2]
Rujukan
- Nota
- ^ Campbell, John Naval Weapons of World War Two ISBN 0-87021-459-4 pp.248&249
- ^ a b c d e "Kapal jenis IXC boat U-511 - German U-boats of WWII - uboat.net". uboat.net. Dicapai pada 1 Februari 2010.
- ^ "War Patrols by German U-boat U-511 - Boats - uboat.net". uboat.net. Dicapai pada 1 February 2010.
- Bibliografi
- U-511 at uboat.net
- U-511 at ubootwaffe.net
- Bishop, C. Kriegsmarine U-Boats, 1939-45. Amber Books, 2006.