Kehilangan paksaan

Menurut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, kehilangan paksaan berlaku apabila seseorang itu diculik atau dipenjara secara diam-diam oleh negara, organisasi politik atau pihak ketiga dengan kebenaran, bantuan, atau persetujuan negara atau organisasi politik, diikuti dengan penolakan menyatakan nasib atau keberadaan pihak diculik dengan niat meletakkan mangsa di luar perlindungan undang-undang.[1]

Menurut Statut Pengadilan Jenayah Antarabangsa Rom yang dikeluarkan pada 1 Julai 2002, "kehilangan paksaan" dicap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan kerana menyebarkan atau menunjukan suatu tindakan menyerang sistematik terhadap penduduk awam manapun, serta kemudiannya tidak tertakluk dari statut pembatasan. Pada 20 Disember 2006, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggunapakai Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari Kehilangan Paksaan.

Mangsa-mangsa dalam kes sebegini diculik, ditahan secara haram dan seringkali diseksa saat disoal siasat sehingga boleh menyebabkan mangsa terbunuh serta jenazahnya disembunyikan. Penhilangan sebegini berkesan bukan sahaja meredam suara pembangkang dan pengkritik yang dihilangkan, malah juga mewujudkan suatu suasana yang kucar-kacir dan ngeri dalam komuniti yang luasnya. Langkah ini melanggar banyak hak manusia yang asasi termasuk hak untuk mangsa hidup bebas dan dilayan dengan berperikemanusiaan, hak memohon perbicaraan yang adil, kaunseling sah dan perlindungan yang setara di bawah undang-undang, serta hak disyaki tidak bersalah antara lainnya.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Larry Neumeister (2006-01-23). "Judge Orders Release of Gitmo Detainee IDs". Boston Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-13. Dicapai pada 2015-04-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ OARDEC. "List of Individuals Detained by the Department of Defense at Guantanamo Bay, Cuba from January 2002 through May 15, 2006" (PDF). United States Department of Defense. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 September 2007. Dicapai pada 2006-05-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Karya berkenaan List of Individuals Detained by the Department of Defense at Guantanamo Bay, Cuba from January 2002 through 15 May 2006 di Wikisumber
  3. ^ Thom Shanker (2006-02-26). "Pentagon Plans to Tell Names of Detainees". Washington DC: New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 2015-04-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Jean-Marie Henckaerts; Louise Doswald-Beck; International Committee of the Red Cross (2005). Customary International Humanitarian Law: Rules. Cambridge University Press. m/s. 342. ISBN 978-0-521-80899-6.

Pautan luar