Kejuruteraan bioproses
Kejuruteraan bioproses ialah satu pengkhususan kejuruteraan kimia atau kejuruteraan pertanian. Disiplin ini berkait dengan penghasilan dan pembangunan bahan-bahan biologi seperti biofarmaseutikal, biometabolit, bahan bakar bio, reka bentuk dan sistem operasi penapaian, pembangunan sistem pemprosesan makanan, aplikasi dan ujian teknologi pemisahan produk dan reka bentuk peralatan untuk mengawal proses biologi. Dengan perkembangan teknologi berasaskan biologi yang pesat, jurutera bioproses berusaha menyelesaikan masalah. Mereka mewujudkan satu hubungan di antara aktiviti penyelidikan dan ekonomi, dan juga pelaksanaan bioteknologi komersil berskala besar.