Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 UEFA Kumpulan 9 merupakan peringkat kelayakan UEFA untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Kumpulan ini terdapat pasukan Belanda, Iceland, Macedonia, Norway dan Scotland.
Juara kumpulan, Belanda telah mengesahkan tempat di Piala Dunia 2010. Norway hanya naib juara, tetapi hambar akibat berada di kedudukan ke-bawah antara kesembilan-sembilan pasukan naib juara.
Jadual perlawanan telah ditetapkan pada satu mesyuarat di Amsterdam, Belanda pada 14 Disember 2007.[1] Jadual perlawanan pada Ogos 2009 telah diubah iaitu dari 19 Ogos 2009 kepada 12 Ogos 2009 pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 27 Mei 2008.[2]