Kepulauan Virgin British di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kepulauan Virgin British di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | IVB |
NOC | Majlis Olimpik Kepulauan Virgin British |
Laman sesawang | bviolympics |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 3 dalam 2 sukan |
Pembawa bendera | Elinah Phillip Kyron McMaster |
Pingat |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Kepulauan Virgin British telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan kesepuluh Kepulauan Virgin British di Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1984.
Peserta
Tiga orang atlet mewakili Kepulauan Virgin British iaitu;[2][3]
- Kyron McMaster dalam sukan olahraga iaitu acara 400 m berhalangan lelaki
- Chantel Malone dalam sukan olahraga iaitu acara lompat jauh wanita
- Elinah Phillip dalam sukan renang iaitu acara 50 m gaya bebas wanita
Rujukan
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Team Virgin Islands, British - entries by event in athletics". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-20. Dicapai pada 2021-09-20.
- ^ "Team Virgin Islands, British - entries by event in swimming". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-20. Dicapai pada 2021-09-20.