Kesultanan Sarawak

Kesultanan Sarawak Darulhana (Bahasa Melayu: كسلطانن ملايو سراوق دارالهنا) ialah sebuah kerajaan Melayu Sarawak tradisional, yang terletak di Bahagian Kuching, Sarawak sekarang. Kerajaan ini diasaskan pada 1599,selepas jatuhnya Kerajaan Santubong akibat penawanan Kerajaan Brunei pada era pimpinan Almarhum Sultan Muhammad Hassan.Ia menyaksikan pemerintahan sultan tunggal,Sultan Tengah, Putera Brunei, dikenali sebagai Ibrahim Ali Omar Shah Ibni Sultan Muhammad Hassan yang terkenal dengan seseorang yang spiritual dan juga berilmu ugama.Negeri ini menjalinkan hubungan rapat dengan Brunei dan Johor dan melalui Sultan Tengah juga berdirinya Kesultanan Sambas yang dipimpin oleh anak baginda,Sultan muhammad Tsaifuddin bin Ibrahim Ali Omar Shah.Kerajaan ini telah dibubarkan berikutan pembunuhan Sultan Tengah pada tahun 1641 yang didalangi oleh kerabat baginda sendiri. Akibat mangkatnya Sultan Tengah,berlakunya perang saudara antara Sambas dan Brunei dalam menuntut wilayah Sarawak sehingga Brunei "bertindak melulu" apabila menyerahkan wilayah Sarawak kepada seorang saudagar Inggeris,yang dikenali sebagai "Tamak" oleh orang Brunei dan Sambas.

Rujukan

https://www.wattpad.com/899940316-sarawak-before-1841-sultan-tengah-1

Bibliografi