Gas kripton merupakan sejenis unsur kimiagas nadir. Gas kripton sering digunakan dalam lampu berwarna hijau yang digunakan dalam lampu iklan, dan di lapangan terbang sebagai lampu isyarat pendaratan kapal terbang. Apabila arus elektrik mengalir melalui lampu kripton, cahaya berwarna hijau terhasil yang sangat cerah dan mampu menembusi kabus tebal, oleh itu sering digunakan di dalam lombong. Lampu kripton juga digunakan sebagai lampu imbasan kamera untuk membolehkan gambar di ambil dalam gelap.