Kumpulan Phoenix merupakan persatuan rekaan dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Frasa ini sering digunakan dalam buku kelima Harry Potter, dikenali sebagai Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, iaitu ketika kumpulan ini mula diperkenalkan.
Kumpulan ini telah ditubuhkan oleh Albus Dumbledore untuk menentang Voldemort dan pengikutnya, Death Eater. Pemilihan nama tidak disebutkan dalam buku tetapi ia mungkin berkait dengan Fawkes, burung phoenix peliharaan Profesor Dumbledore, yang dijadikan pengutus pesanan bagi Kumpulan tersebut, atau lebih umum lagi Dumbledore menggunakannya sebagai maskot -- melalui patronusnya.
Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.
Membunuh Dumbledore dan melarikan diri bersama Draco Malfoy, ketika dikejar oleh Harry. Mati dibunuh oleh ular kesayangan dan HorcruxLord Voldemort,Nagini.
Gideon Prewett
Abang Molly Weasley, ketika Perang Pertama, ia mengambil lima orang Death Death Eater (termasuk Antonin Dolohov) untuk mengalahkannya bersama adiknya.
Fabian Prewett
Juga abang Molly Weasley, ketika Perang Pertama, ia mengambil lima orang Death Death Eater (termasuk Antonin Dolohov) untuk mengalahkannya bersama abangnya.
Emmeline Vance
Terbunuh ketika Perang Kedua berhampiran 10 Downing Street, London.