Kunyah (bahasa Arab)

Kunyah (kun-yah) (Arabic: كنية) ialah salah satu bentuk nama panggilan yang digunakan oleh masyarakat Arab. Ia dimulakan dengan salah satu daripada perkataan berikut:

  • Abu (bapa),
  • Ummu (ibu),
  • Ibnu (anak lelaki),
  • Bintu (anak perempuan),
  • Akhu (saudara lelaki),
  • Ukhtu (saudara perempuan),
  • ʿAmmu/ Khāl (bapa saudara),
  • ʿAmmatu/Khālatu (ibu saudara).

Contohnya: Abu Khālid, Ummu Yusuf, Ibnu al-Walīd, dan Bintu al-Siddīq. [1]

Penggunaan Kunyah

Diriwayatkan dalam Hadith Dha'if: "Berikanlah anak-anakmu Kunyah agar mereka tidak dipanggil dengan gelaran (yang jelik)", [2] Masyarakat Arab menggunakan Kunyah untuk diri mereka dan anak-anak mereka bagi mencegah penggunaan gelaran-gelaran yang jelik oleh pihak musuh. [3] Panggilan Kunyah adalah satu bentuk penghormatan, walaupun tidak setanding dengan penghormatan sekiranya seseorang itu dipanggil dengan nama sebenarnya. [4]

Kunyah Wanita

Kebiasaan bagi wanita dewasa, mereka dipanggil dengan nama anaknya atau suaminya. [5]

Lihat juga

Rujukan