Kura-kura gergasi Seychelles
Kura-kura gergasi Seychelles | |
---|---|
![]() | |
Spesimen yang hidup selama 150 tahun di Mauritius | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. gigantea
|
Subspesies: | A. g. hololissa
|
Nama trinomial | |
Aldabrachelys g. hololissa (Günther, 1877)
| |
Sinonim[1] | |
|
Kura-kura gergasi Seychelles (Aldabrachelys gigantea hololissa) ialah subspesies kura-kura dari genus Aldabrachelys.
Asalnya mereka mendiami kawasan granit Kepulauan Seychelles, tetapi kerap dibunuh oleh sekumpulan besar pelayar-pelayar Eropah terdahulu dan penduduk setempat bagi mendapatkan dagingnya. Akhirnya pada tahun 1840 subspesies ini dianggap pupus, bersama dengan subspesies Kura-kura gergasi Arnold, yang juga mendiami pulau yang sama.
Namun, penemuan terkini mendapati spesies ini masih lagi wujud walaupun hanya tinggal beberapa ratus ekor sahaja di dalam hutan di Pulau Silhouette. Disebabkan pembangunan oleh Syarikat Kepulauan Seychelles (IDC) pada tahun 2011, haiwan-haiwan ini diusir ke kawasan pedalaman.[2]
Ciri-ciri

Subspesies Kura-kura gergasi Aldabra-Seychelles boleh dibezakan melalui bentuk karapas. Tapi disebabkan kebanyakan spesimen yang dibela mempunyai gangguan semasa proses pembentukan karapas, mereka menjadi sukar untuk dibezakan.
Kura-kura gergasi Seychelles (A. g. hololissa) mempunyai bahagian belakang yang luas, rata dan skut yang tinggi, berwarna coklat-kelabu. Sebagai perbandingan, Kura-kura Aldabra betul (A. g. gigantea) sebenarnya memiliki cangkerang belakang yang melengkung, dan berwarna hitam. [3]
Sejarah hidup
Kura-kura Aldabra dianggap haiwan yang mempunyai usia yang panjang. Sesetengah individu Kura-kura gergasi Aldabra hidup melebihi 200 tahun, dan hal ini sukar ditentukan kerana usia tersebut menjangkau umur pengkajinya sendiri. Adwaita, salah satu daripada empat ekor kura-kura gergasi yang dibawa oleh pelayar British dari Kepulauan Seychelles dan dijadikan sebagai hadiah kepada Robert Clive, dari Syarikat Hindia Timur Inggeris pada abad ke-18. Ia kemudiannya diletakkan di Zoo Calcutta pada tahun 1875. Pada bulan Mac 2006, Adwaita mati dan dikatakan telah mencapai umur maksimumnya iaitu 255 tahun (dilahirkan pada 1750).[4] Kini, Jonathan, seekor lagi Kura-kura gergasi Seychelles, berusia 186 tahun, dikatakan kura-kura tertua yang masih hidup, dan Esmeralda, berusia 170 tahun, menjadi kura-kura kedua tertua, selepas kematian Harriet pada umur 176 tahun, iaitu seekor Kura-kura gergasi Galapagos.
Jonathan dianggarkan berusia 186 tahun dari Saint Helena, dipercayai satu-satunya subspesies ini yang masih hidup (dan kemungkinan besar haiwan yang tertua masih hidup kini)[5]
Rujukan
- ^ Aldabrachelys gigantea di Reptarium.cz Reptile Database. Diakses pada 05 June 2015.
- ^ Petik amaran: Tag
<ref>
dengan namaRelease
tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali. - ^ "The identification of Seychelles giant tortoises". Dicapai pada 5 June 2015.
- ^ BBC News - South Asia (2006-03-23). "'Clive of India's' tortoise dies". BBC News. BBC Online. Dicapai pada 2014-01-23.
- ^ Kettle, Sally (13 Mac 2014). "Meet Jonathan, St Helena's 182-year-old giant tortoise". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)