Lapangan Terbang Eindhoven AB
Lapangan Terbang Eindhoven AB Eindhoven Airport | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam/Tentera[1] | ||||||||||
Destinasi | Eindhoven | ||||||||||
Lokasi | Eindhoven, Belanda | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 22.56 m / 74.02 kaki | ||||||||||
Koordinat | Latitude N51* 27.0000', Longtitude E05* 22.4667' | ||||||||||
Laman sesawang | http://www.eindhovenairport.com/en/ | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
|
Lapangan Terbang Eindhoven AB (IATA: EIN, ICAO: EHEH) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Eindhoven, Belanda.
Lapangan Terbang Eindhoven AB terletak pada kedudukan latitude N51* 27.0000', longtitude E05* 22.4667' pada ketinggian 22.56 meter dari aras laut.
Akses
Kereta
Lapangan terbang ini boleh diakses dari Lebuhraya A2 (Persimpangan 29) yang menghubungkan Eindhoven, Maastricht dan 's-Hertogenbosch (Den Bosch). Lebuh-lebuh raya lain seperti A67 yang menghubungkan Antwerp dan Venlo, A58 dari Tilburg dan A50 dari Nijmegen yang bersambung dengan Lebuhraya A2, membolehkan lapangan terbang ini mempunyai akses ke seluruh bandar utama Belanda dan Belgium.
Bas
AirExpressBus menyediakan perkhidmatan satu aliran ke Eindhoven, Den Bosch, Utrecht, dan Amsterdam. Perjalanan ke Amsterdam mengambil masa 1 jam 30 minit. Syarikat bas yang sama juga mengadakan perkhidmatan ulang-alik antara Turnhout, Antwerp dan lapangan terbang.[2]
Teksi
Perkhidmatan teksi yang berdaftar dengan lapangan terbang disediakan oleh Taxicompany Cibatax, Conexxion Taxi Services dan Jansen Taxi. Perjalanan ke Eindhoven biasanya mengambil masa 15 hingga 20 minit.[3]