Lapangan Terbang Lutong terletak pada kedudukan Latitud N04* 27.0000', Longitud E113* 60.0000' pada ketinggian 1.52 meter dari aras laut..
Am
Lapangan Terbang Lutong(IATA: LUT, ICAO: WMLU[1]) ialah sebuah lapangan terbang yang melayani Lutong, sebuah bandar satelit di Utara Bandar Miri, yang merupakan sebuah bandar di negeri Sarawak di Malaysia. Lapangan terbang itu dahulunya milik Royal Dutch Shell.
Penutupan Lapangan Terbang
Lapangan terbang itu telah ditamatkan operasinya dan terminal serta hangarnya telah dirobohkan, dengan hanya jalur pendaratan yang dipelihara. Jalur itu digunakan untuk perlumbaan sehingga keadaan jalur yang semakin teruk menyebabkan ia tidak sesuai untuk perlumbaan seret kereta.[2]
^Lapangan Terbang ini memiliki kod ICAO sementara iaitu RP10
^Walaupun Kod Lapangan Terbang ini mengikut Format Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), Lokasi Lapangan Terbang ini berada di Malaysia Timur (Borneo Malaysia) Yang memiliki Format Awalan yang berlainan iaitu WB