Laut Mediterranean

Laut Mediterranean
Laut Rum
Laut Tengah
Peta Laut Mediterranean
Koordinat35°N 18°E / 35°N 18°E / 35; 18Koordinat: 35°N 18°E / 35°N 18°E / 35; 18
JenisLaut
Aliran masuk utamalautan Atlantik, Laut Marmara, Nil, Ebro, Rhône, Chelif, Po
Negara lembangan
kira-kira 60
Luas permukaan2,500,000 km2 (970,000 bt2)
Kedalaman purata1,500 m (4,900 ka)
Kedalaman maksimum5,267 m (17,280 ka)
Isi padu air3,750,000 km3 (900,000 bt3)
Masa mastautin80-100 tahun[2]
Pulau3300+
PetempatanAlgiers, Athens, Barcelona, Beirut, Carthage, Dubrovnik, Iskandariah, İzmir, Rom, Tangier, Tel Aviv, Tripoli, Tunis

Laut Mediterranean (Jawi: لاوت ميديتررنايان), Laut Tengah (Jawi: لاوت تڠه‎)[a] atau Laut Rum (Jawi: لاوت ‏روم‎‎‎)[b] adalah laut antara-benua terletak antara Eropah di utara, Afrika di selatan dan Asia di timur, mencakupi wilayah seluas 2.5 juta km².

Laut ini dahulunya merupakan laluan laut yang sibuk lalu membolehkan perdagangan dan pertukaran budaya di antara masyarakat-masyarakat Mesir Purba, Yunani Purba, Rom Purba dan Timur Tengah. Pengkajian dan pendalaman mengenai laut ini untuk memahami asal-usul dan perkembangan Peradaban Barat.

Geografi

Laut Mediterranean dihubungkan ke Lautan Atlantik oleh Selat Gibraltar di barat dan Laut Marmara dan Laut Hitam, oleh Dardanelles dan Bosporus, berurutan, di timur. Laut Marmara biasanya dianggap bagian dari Laut Tengah, sedangkan Laut Hitam tidak. Terusan Suez buatan manusia di tenggara menghubungkan Laut Tengah dan Laut Merah.

Pasang-surut di Laut Mediterranean sangat terbatas kerana hubungan yang sempit dengan lautan.

Iklim Laut Mediterranean biasanya musim sejuk yang basah dan musim panas yang panas dan kering. Tumbuhan istimewa daerah ini adalah zaitun, anggur, oren, tangerin, dan gabus. Daerah ini memiliki sejarah yang lama.

Pulau besar di Laut Tengah:

Lihat juga

Nota

  1. ^ Mengikut bahasa-bahasa tempatan:
    • Albania: Deti Mesdhe
    • Arab: البحر الابيض المتوسط, rumi: āl-Baḥr āl-ābyaḍ āl-Mutawassiṭ
    • Catalan: Mar Mediterràni(a)
    • Perancis: Mer Méditerranée
    • Yunani: Μεσόγειος Θάλασσα, Mesógeios Thálassa
    • Ibrani: הים התיכון, rumi: Hayám Hatikhón
    • Itali: Mar Mediterraneo
    • Latin: Mare Nostrum
    • Malta: Baħar Mediterran
    • Bahasa Serbia-Croatia: [Sredozemno more] Error: [undefined] Error: {Lang}: tiada teks (bantuan): teks mempunyai penanda italik (bantuan), Средоземно море
    • Slovene: Sredozemsko morje
    • Sepanyol: Mar Mediterráneo
    • Templat:Lang-aeb
    • Turki: Akdeniz, bentuk Uthmaniyah: آق دڭيز
  2. ^ Nama yang digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[3]

Rujukan

  1. ^ Drainage Basin of the Black Sea
  2. ^ Pinet, Paul R. (2008). Invitation to Oceanography. Jones & Barlett Learning. m/s. 220. ISBN 0-7637-5993-7.
  3. ^ rujuk:

Pautan luar


Negara dan Wilayah di Mediterranean
Albania | Algeria | Bosnia dan Herzegovina | Croatia | Cyprus | Israel | Itali | Lebanon | Libya | Malta | Maghribi | Melilla (Sepanyol)
Mesir | Monaco | Montenegro | Palestin/Israel | Perancis | Slovenia | Sepanyol | Syria | Tunisia | Turki | Yunani
Wilayah tanggungan: Akrotiri dan Dhekelia (United Kingdom) | Ceuta (Sepanyol) | Gibraltar (United Kingdom)
Wilayah tidak diiktiraf: Republik Turki Cyprus Utara