Makaw

Makaw
Seekor Makaw Hyacinth di Pantanal, Mato Grosso, Brazil
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Psittacinae
Tribus:
Arini
Genera

Ara
Anodorhynchus
Cyanopsitta
Primolius
Orthopsittaca
Diopsittaca

Makaw adalah sejenis parrot Dunia Baru yang bersaiz kecil hingga besar, biasanya dengan bulu yang berwarna-warni. Dari banyak genera Psittacidae (parrot asli) yang pelbagai, enam darinya dikelaskan sebagai makaw iaitu : Ara, Anodorhynchus, Cyanopsitta, Primolius, Orthopsittaca, dan Diopsittaca. Dahulunya, ahli dalam genus Primolius juga diletakkan dalam Propyrrhura berdasarkan peraturan ICZN.[1] Makaw berasal dari Mexico, Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan Caribbean. Kebanyakan spesies mempunyai kaitan rapat dengan hutan hujan, tetai ada juga yang mendiami habitat seperti hutan jarang dan savana.[2]

Spesies

Terdapat 8 spesies makaw, termasuk spesies yang telah pupus dan terancam teruk.[3] Selain itu, terdapat beberapa teori kekepusan spesies yang dibuat berdasarkan sedikit bukti-bukti yang didapati.[4]

  • Anodorhynchus
    • Makaw Glaucous, Anodorhynchus glaucus (terancam teruk atau pupus)
    • Makaw Hyacinth, Anodorhynchus hyacinthinus
    • Makaw Indigo atau Makaw Lear, Anodorhynchus leari
  • Cyanopsitta
    • Makaw Biru Kecil atau Makaw Spix, Cyanopsitta spixii (pupus di habitat liar)
Dari kiri ke kanan: Makaw Scarlet, Makaw biru-dan-kuning, dan Makaw Tentera
Makaw biru-dan-kuning (kiri) dan Makaw Tekak Biru (kanan)
  • Ara
    • Makaw biru-dan-kuning atau Makaw biru-dan-emas, Ara ararauna
    • Makaw Tekak Biru, Ara glaucogularis
    • Makaw Tentera, Ara militaris
    • Makaw Hijau Besar atau Makaw Buffon, Ara ambiguus
    • Makaw Scarlet atau Aracanga, Ara macao
    • Makaw Sayap Hijau dan Makaw merah-dan-hijau, Ara chloroptera
    • Red-fronted Macaw, Ara rubrogenys
    • Chestnut-fronted Macaw atau Makaw Severe, Ara severa
    • †Makaw Merah Cuba, Ara tricolor (pupus)
    • †Makaw Saint Croix, Ara autochthones[5] (pupus)
  • Orthopsittaca
    • Makaw Perut Merah, Orthopsittaca manilata
  • Primolius
    • Makaw Kepala Biru, Primolius couloni
    • Makaw Sayap Biru atau Makaw Illiger, Primolius maracana
    • Makaw Kolar Emas, Primolius auricollis
  • Diopsittaca
    • Makaw Bahu Merah atau Makaw Hahn, Diopsittaca nobilis

Galeri

Rujukan

  1. ^ South American Classification Committee To reassign the genus of three macaws.
  2. ^ Abramson, J., Speer, B. L., & Thomsen, J.B. 1999, "The Large Macaws, Their Care and Breeding", Raintree Publications:CA
  3. ^ "Zoological Nomenclature Resource: Psittaciformes (Version 9.004)". www.zoonomen.net. 2008-07-05.
  4. ^ Petik amaran: Tag <ref> dengan nama Fuller1987 tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali.
  5. ^ Wetmore, A. (1937). "Ancient records of birds from the island of St. Croix with observations on extinct and living of Puerto Rico". J. Agric. Univ. Puerto Rico. 21: 5–16.

Pautan luar