Malaran tak geser sisian gelungan

Nombor AFA156
Pengekodan
X-SAMPAl`
Imej
Sampel audio
noicon

Malaran tak geser sisian gelungan ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɭ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan l` dalam X-SAMPA.

Ciri-ciri

Ciri-ciri malaran tak geser sisian gelungan:

  • Cara artikulasinya ialah malaran tak geser, iaitu dihasilkan dengan merapatkan dua alat artikulasi tanpa menyempitkan rongga vokal sehingga terhasilnya arus udara yang bergelora.
  • Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini merupakan konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini merupakan konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.