Margaret Qualley
Margaret Qualley | |
---|---|
![]() Qualley di San Diego Comic-Con 2017 | |
Kelahiran | Sarah Margaret Qualley 23 Oktober 1994 Kalispell, Montana, Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ibu bapa |
|
Sarah Margaret Qualley (lahir 23 Oktober 1994)[1] ialah seorang pelakon dan model Amerika Syarikat. Selepas memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013, beliau telah membintangi beberapa siri televisyen yang berjaya dan filem-filem Hollywood. Hasil kerja Qualley telah memperoleh pencalonannya untuk Anugerah Emmy dan Screen Actors Guild.
Anak perempuan kepada pelakon Andie MacDowell, Qualley dilatih sebagai penari balerina di zaman remajanya dan mula bergiat aktif sementara dalam bidang pemodelan. Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan peranan kecil dalam filem drama 2013 Palo Alto, namun kemudian memegang watak remaja bermasalah dalam siri drama misteri HBO The Leftovers (2014–2017). Qualley kemudian muncul dalam komedi gelap The Nice Guys (2016) dan dalam siri thriler ghaib Netflix, Death Note (2017).[2]
Qualley mendapat pujian dan pencalonan di Anugerah Emmy Primetime ke-71 untuk menjayakan pelakon dan penari Ann Reinking dalam siri mini drama biografi FX Fosse/Verdon (2019). Kejayaan komersialnya yang terbesar muncul pada tahun 2019 dengan komedi drama Quentin Tarantino Once Upon a Time in Hollywood sambil terus menerima pujian untuk persembahannya dalam penerbitan yang lebih kecil seperti Native Son dan Io (kedua-duanya 2019).[3]
Latar belakang
Margaret Qualley dilahirkan pada 23 Oktober 1994 di Montana. Beliau ialah anak perempuan Andie MacDowell, seorang pelakon dan model, dan Paul Qualley, seorang model, pemuzik, kontraktor dan usahawan penternakan.[4] Beliau mempunyai abang, Justin (lahir 1986), dan dan kakak, Rainey (lahir 1990). Rainey juga merupakan seorang pelakon, model, penari, penyanyi dan pencipta lagu dengan nama Rainsford.[5][6][7] Qualley bersaudara menghabiskan beberapa tahun mereka di kawasan penternakan di Missoula, Montana.[8] Ibu bapa mereka berpisah ketika Margaret berusia lima tahun dan beliau membahagikan masanya bersama ibu bapa mereka.[9]
Filemografi
Filem
Tahun | Filem | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Palo Alto | Raquel | |
2016 | The Nice Guys | Amelia | |
2017 | Novitiate | Suster Cathleen Harris | |
The Vanishing of Sidney Hall | Alexandra | ||
Death Note | Mia Sutton | ||
2018 | Donnybrook | Delia Angus | |
2019 | IO | Sam Walden | |
Native Son | Mary Dalton | ||
Adam | Casey Freeman | ||
Once Upon a Time in Hollywood | Pussycat | ||
Strange but True | Melissa | ||
Seberg | |||
2020 | Wake Up | Jane Doe | Filem pendek |
My Salinger Year | Joanna | Pos-produksi |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2014–2017 | The Leftovers | Jill Garvey | 18 episod |
2018 | Asesinato en el Hormiguero Express | Margaret Qualley | Rancangan khas |
2019 | Fosse/Verdon | Ann Reinking | 5 episod |
Permainan video
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Death Stranding | Mama | Suara |
Rujukan
- ^ "InStyle Magazine Covers: 1995". In Style Magazine. Dicapai pada May 22, 2016.
- ^ Kroll, Justin (November 12, 2015). "'The Leftovers' Star Margaret Qualley Joins Nat Wolff in 'Death Note'". Variety. Dicapai pada April 16, 2016.
- ^ Kroll, Justin (2016-10-06). "Anthony Mackie, Margaret Qualley, and Danny Huston Join Sci-Fi Drama 'IO'". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-24.
- ^ "Andie Macdowell profile". filmreference.com. Dicapai pada 2016-05-22.
- ^ "Getting to that Stage: Rainey and Margaret Qualley, photographed at Alder Manor, in New York". Vanity Fair. Dicapai pada July 9, 2014.
- ^ "Social Safari in Paris, France". newyorksocialdiary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-24. Dicapai pada May 22, 2016.
- ^ "Rainsford on Her Manifesting Pop Stardom and Fitting Fashion In, Too: New Face, Fresh Style". Billboard. Dicapai pada 2017-07-24.
- ^ Rovzar, Chris. "Rainey and Margaret Qualley on Their Singing and Acting Careers". HWD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-07-24.
- ^ "Introducing indie actress Margaret Qualley". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). 2017-06-14. Dicapai pada 2017-07-25.