Mariko Tamaki
Mariko Tamaki | |
---|---|
![]() | |
Lahir | 1975 (umur 49–50) Toronto, Kanada |
Pekerjaan | Penulis novel grafik, artis pementasan |
Warganegara | Kanada |
Tempoh | 2000an–kini |
Karya terkenal | Skim, This One Summer |
Laman web | |
www |
Mariko Tamaki (lahir 1975) ialah seorang artis dan penulis Kanada. Beliau terkenal menerusi novel-novel grafik Skim, Emiko Superstar, dan This One Summer, dan banyak karya prosa cereka dan bukan-cereka.[1] Pada tahun 2016, beliau mula menulis untuk Marvel dan DC Comics. Beliau telah dua kali dinobatkan menjadi naib juara untuk Anugerah Michael L. Printz.
Kehidupan awal
Mariko Tamaki dilahirkan di Toronto, Ontario. Beliau berdarah kacukan Jepun Kanada dan Yahudi Kanada.[2]
Rujukan
- ^ "Mariko Tamaki". CBC Radio, The Next Chapter, 12 November 2012.
- ^ "Tamaki no fake" Diarkibkan 2014-01-12 di Wayback Machine. NOW, 30 June 2005.
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Mariko Tamaki di Pangkalan Data Cereka Spekulatif Internet
- Mariko Tamaki di Perpustakaan Kongres, dengan 3 rekod katalog perpustakaan