Muricidae

Muricidae
Cangkang Chorus giganteus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Mollusca
Kelas: Gastropoda
Subkelas: Caenogastropoda
Order: Neogastropoda
Superkeluarga: Muricoidea
Keluarga: Muricidae
Rafinesque, 1815
Subkeluarga

Lihat teks

Muricidae ialah sebuah keluarga taksonomi yang besar dan pelbagai, terdiri daripada siput laut pemangsa kecil hingga besar, iaitu moluska gastropod marin yang biasa dikenali sebagai siput nunam atau siput batu.[a][1] Dengan lebih 1,700 spesies hidup, Muricidae merangkumi hampir 10% daripada Neogastropoda. Selain itu, sebanyak 1,200 spesies fosil telah dikenal pasti.[2][3] Terdapat banyak subkeluarga telah diakui, sungguhpun pakar tidak sependapat mengenai pembahagian subkeluarga dan takrifan genus. Banyak murisid mempunyai cangkang luar biasa yang dianggap menarik oleh pengutip kerang dan pereka dalaman.

Subkeluarga

Sejumlah Hexaplex trunculus untuk dijual di pasar ikan di Sepanyol
Spesimen muzium bagi Chicoreus palmarosae (Lamarck, 1822), Naturalis

Menurut Taxonomy of the Gastropoda oleh Bouchet & Rocroi (2005), keluarga Muricidae terdiri daripada subkeluarga ini:

  • Aspellinae Keen, 1971
  • Coralliophilinae Chenu, 1859 - sinonim: Magilidae Thiele, 1925
  • Ergalataxinae Kuroda, Habe & Oyama, 1971
  • Haustrinae Tan, 2003
  • Muricinae Rafinesque, 1815
  • Muricopsinae Radwin & d'Attilio, 1971
  • Ocenebrinae Cossmann, 1903
  • Pagodulinae Barco, Schiaparelli, Houart & Oliverio, 2012
  • Rapaninae Gray, 1853 - sinonim: Thaididae Jousseaume, 1888
  • Tripterotyphinae d'Attilio & Hertz, 1988
  • Trophoninae Cossmann, 1903
  • Typhinae Cossmann, 1903
Sinonim
  • Subkeluarga Drupinae Wenz, 1938: sinonim bagi Rapaninae Gray, 1853
  • Genus Drupinia [sic]: sinonim bagi Drupina Dall, 1923
  • Genus Galeropsis Hupé, 1860: sinonim bagi Coralliophila H. Adams & A. Adams, 1853
  • Tritoninae Gray, 1847: sinonim bagi Ranellidae Gray, 1854 (tidak sah: genus jenis ditempatkan dalam Official Index by Opinion 886 [homonim muda bagi Triton Linnaeus, 1758])

Catatan

  1. ^ Inggeris: murex snail, rock snail

Rujukan

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "nunam". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 177 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ Merle, D., Garrigues, B. & Pointier, J.-P. (2011). Fossil and Recent Muricidae of the World, Part Muricinae. 648 pp., 182 colour plates, ConchBooks, Hackenheim. ISBN 978-3-939767-32-9.
  3. ^ Houart, Roland. (2018). "Historique et classification des espèces actuelles de Muricidae (Neogastropoda, Muricoidea)." Novapex 19:37–66

Pautan luar