Muzik_rock
Rock | |
---|---|
Maklumat am | |
Asalan gaya | Rock 'n' roll, pada asasnya blues (kebanyakan jump blues dan blues Chicago), lagu rakyat Amerika Syarikat dan R&B |
Asalan budaya | Lewat 1940-an Amerika Syarikat |
Asal usul | Amerika Syarikat |
Sejarah | electronics in rock music |
Dicipta | 1948 |
Alat muzik tipikal | Gitar - Bes - Dram- kekadang Papan nada |
Bentuk terbitan | Rock alternatif - Heavy metal - Rock punk |
Sebahagian daripada | muzik popular |
Subgenre | |
Gaya muzik kumpulan - Krautrock - Kumpulan wanita - Surf - Pancaragam Jam - Pop Jangle - Post-rock - Power pop - Protopunk - Rock British - Rock Detroit - Rock Eksperimen - Rock en espanol - Rock Garaj - Rock Glam - Rock Glitter - Goth - Rock Gurun - Rock Instrumental - Rock Kawasan Tengah - Rock Keras - Rock Kristian - Rock Lembut - Psikedelia - Rock Pub (Australia) - Rock Pub (UK) - Rock Selatan - Rock Seni | |
Genre lakuran | |
Boogaloo - Madchester - Merseybeat - Rock Afrika - Rock Blues - Rock Cumbia - Rock Flamenco - Rock India - Rock Jaz - Rock Lagu Rakyat Amerika - Rock Orang Asli - Rock Progresif - Rock Punta - Rock Raga - Rock Raï - Rock Rakyat - Rock Samba - Rock Turki - Rockabili - Rockoson - Tango-rockéro | |
Latar wilayah/serantau | |
Afrika Selatan - Amerika Syarikat - Argentina - Armenia - Australia - Austria - Belanda - Belarus - Belgium - Bosnia dan Herzegovina - Brazil - Chile - China - Croatia - Cuba - Denmark - Estonia - Filipina - Finland - Greece - Hungary - Iceland - India - Indonesia - Ireland - Israel - Itali - Jepun - Jerman - Kanada - Kemboja - Latvia - Lithuania - Malaysia - Mexico - Nepal - New Zealand - Norway - Perancis - Peru - Portugal - Republik Czech - Republik Dominican - Rusia - Sepanyol - Serbia dan Montenegro - Slovenia - Sweden - Switzerland - Tatar - Thailand - Turki - Ukraine - United Kingdom - Uruguay - Vietnam - Zambia | |
Topik lain | |
Backbeat - Opera rock - Pancaragam rock - Pemuzik - Lagu kebangsaan rock - Dewan Kemasyhuran - Kesan sosial | |
sunting · sunting di Wikidata |
Rock ialah sejenis muzik popular yang menonjolkan nyanyian (sering dengan keharmonian vokal), gitar elektrik, gitar bes, serta rentak genap yang kuat. Alat muzik yang lain, seperti keyboard (organ, piano, pensintesis, dan hon (saksofon, trompet, trombon) biasa juga digunakan dalam sesetengah gaya, tetapi hon tidak lagi digunakan dalam subgenre muzik rock yang lebih baru sejak 1990-an. Bilangan genre rock adalah banyak, dan sempadannya ditakrifkan secara kurang tepat, dengan genre-genre yang tidak begitu berkaitan, seperti muzik soul, kekadang juga dimasukkan.
Satu pengaruh pembentukan rock yang utama ialah rock 'n' roll, sehingga kedua-dua istilah kekadang digunakan dengan saling boleh tukar. Pada awal 1960-an ketika rock 'n' roll tidak menjadi fesyen lagi, permulaan rock British telah menyebabkan desakan untuk menggunakan istilah muzik rock. Dengan "Penaklukan British" itu, gaya muzik yang dicergaskan semula ini tersebar kembali ke Amerika Syarikat, dan menjadi fenomena kebudayaaan antarabangsa yang berpanjangan dengan kesan sosial kepada dunia. Tuntutan-tuntutan yang bersaingan telah menghargai muzik ini kerana menamatkan perang-perang dan menyebabkan keamanan dan toleransi, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa muzik rock tidak berakhlak dan merosakkan moral, termasuk juga persetubuhan secara rambang. Rock kini telah menjadi popular di kebanyakan negara di seluruh dunia, dan telah berkembang dengan banyak gaya yang amat berbeza.
Asal
Rock and Roll dalam berbagai-bagai samaran datangnya daripada penggabungan pelbagai budaya muzik, dan pengaruhnya pula memulangkan kesan kepada budaya-budaya itu dalam proses saling meminjam, mempengaruh, serta menukarkan gagasan baru yang terus memperkembangkan muzik rock. Rock and Roll ialah muzik gabungan dua benua iaitu Eropah dan Afrika yang bertemu dan bercampur di benua Amerika bermula pada sekitar abad ke 19. Muzik oran-orang kulit putih dari Eropah seperti country dan folk bercampur dengan muzik orang-orang Afrika Amerika seperti blues gospel dan soul menjadi muzik generasi baru dan terkenal keseluruh dunia pada tahun 1950an.
Pempelbagaian Rock 'n' Roll
Rock 'n' Roll mencapai kejayaan yang cemerlang di Amerika Syarikat dan dengan cepatnya membawa muzik yang dipengaruhi oleh rhythm and blues kepada peminat-peminat antarabangsa. Bagaimanapun, kejayaan muzik rock ini telah mengakibatkan pengeceran ketika penganjur-penganjur menggunakan label ini untuk pop komersil yang lain, dan bintang-bintang asal seperti Elvis Presley dialihkan ke balada untuk memeliharakan gagasan pop yang lalu. Keterangsangan dan dorongan muzik tidak terlupa tetapi sebaliknya, terdapat pempelbagaian yang lebih meluas.
Sejarah Lagu Rock di Malaysia
Pengaruh muzik Rock di Malaysia mula berkembang pada pertengahan tahun 1980-an. Pada waktu itu, muncul kumpulan-kumpulan rock tempatan sebagai hasil daripada pengaruh budaya muzik rock barat, terutamanya daripada kumpulan Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath dan lain-lain. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak dengan penganjuran pelbagai pertandingan muzik rock peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Batu-Batu Perjuangan, Pesta Hiburan Kingsway, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2 dan lain-lain.
Pautan luar
- Stesen Muzik Şebnem Ferah Diarkibkan 2006-06-15 di Wayback Machine
- Rockapedia.co.uk - Ensiklopedia Muzik Rock Diarkibkan 2006-07-04 di Wayback Machine
- Sejarah Rock 'n' Roll 1954 - 1963
- Dewan Kemasyhuran Rock 'n' Roll San Francisco
- Pengaruh Muzik Elektronik terhadap Muzik Rock, 1967-76; Keith Emerson, Jimi Hendrix
- Muzik Dan Sejarah
- Pengaruh Rock Barat Dalam Muzik Rock Melayu