My (stesen radio)
Bandar | Kuala Lumpur George Town Johor Bahru, Daerah Johor Bahru Singapura Kota Batam/Pulau Batam |
---|---|
Kawasan penyiaran |
|
Slogan | MY好玩 (MY, lebih menyeronokkan!) |
Tarikh siaran pertama | 1 Ogos 1998 |
Bahasa | Bahasa Mandarin (Utama) Bahasa Kantonis (Utama) |
Pengenal terdahulu | My FM (1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn. Bhd.) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | my |
My (dahulu dikenali sebagai My FM, juga digayakan sebagai MY)[1] merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.
Radio edisi tempatan
MY Sarawak
MY Sarawak (dahulu dikenali sebagai MY FM Sarawak) ialah stesen radio swasta berbahasa Mandarin yang telah ditamatkan pada 1 Oktober 2023. Stesen ini bersiaran di Malaysia Timur. Ia diuruskan oleh Astro Radio Sdn. Bhd.
Bandar | Kuching, Sarawak, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | MY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!) |
Tarikh siaran pertama |
|
Tarikh siaran terakhir |
|
Bahasa | Mandarin |
Pengenal terdahulu |
|
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar |
MY Sabah
MY Sabah (dahulu dikenali sebagai MY FM Sabah) ialah stesen radio swasta berbahasa Hakka yang telah ditamatkan pada 1 Oktober 2023. Stesen ini bersiaran di Malaysia Timur. Ia diuruskan oleh Astro Radio Sdn. Bhd.
Bandar | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
---|---|
Kawasan penyiaran | |
Slogan | MY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!) |
Tarikh siaran pertama | |
Tarikh siaran terakhir |
|
Bahasa | Hakka |
Pengenal terdahulu |
|
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar |
Sejarah penubuhan MY Sarawak dan MY Sabah
Pada September 2010, MY Sarawak dan MY Sabah telah dilancarkan bersama rakan Melayu dan Inggeris masing-masing Era Sarawak, Era Sabah, Hitz Sarawak dan Hitz Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]
Pada 2 Januari 2018, MY FM Sarawak dan MY FM Sabah telah dijenamakan semula kepada My Sarawak dan My Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]
Astro Radio menghentikan operasi di Sabah dan Sarawak dan akan dikembalikan semula ke Bukit Jalil
Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]
Selepas 13 tahun bersiaran, MY Sabah dan MY Sarawak akan ditamatkan pada 1 Oktober 2023.[perlu rujukan]
Sejarah
Latar belakang
MY terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah Astro Radio memperkenalkan radio Melody FM (akhiran FM digugurkan mulai Januari 2018), ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.
Dengan perubahan nama kepada MY pada Januari 2018 yang turut menyaksikan perubahan logo dan tumpuan kepada media digital, cogankata baru MY untuk tahun 2018 adalah MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)[perlu rujukan]
Pergantian nombor
Pada 1 Jun 1996, MY dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 308.
Pada 1 November 1999, MY telah dinomborkan semula dari saluran 308 ke saluran 102.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, MY akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 853.
Frekuensi
Radio
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
101.8 MHz | Kuala Lumpur Raya (Kuala Lumpur) | Gunung Ulu Kali |
99.7 MHz | Perlis dan Alor Setar, Kedah | Gunung Jerai |
Pulau Pinang | ||
100.2 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
100.6 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
100.6 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
106.4 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
95.4 MHz | Johor Bahru/Daerah Johor Bahru dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam/Pulau Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
100.1 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya |
101.1 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung |
101.2 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung |
102.3 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau |
96.9 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin |
105.9 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima |
103.2 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
104.0 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |
100.6 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Televisyen
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 853 |
Radio internet
Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK
- MY Chinese Drop The Beat
- MY Chinese Kara
- MY Chinese Love Uu
- MY Chinese Pop
- MY Chinese Positive
- MY Chinese Rock
Rujukan
- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.